Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2025 Alex Marquez Menang GP Malaysia, Bagnaia Gagal Tamat Perlumbaan
Auto Terkini

#MotoGP2025 Alex Marquez Menang GP Malaysia, Bagnaia Gagal Tamat Perlumbaan

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA Pasukan BK8 Gresini Racing, Alex Marquez menamatkan hujung minggu di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC) dengan kemenangan bergaya selepas menjuarai Grand Prix Malaysia 2025.

Mendahului Pedro Acosta dari pasukan Red Bull KTM Factory Racing dengan jarak 2.6 saat. Nasib malang menimpa pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia yang terpaksa berundur akibat tayar belakang pancit pada fasa akhir perlumbaan, sekali gus membuka peluang kepada Joan Mir dari Honda HRC Castrol untuk menduduki tempat ketiga podium.

Permulaan Mendebarkan, Peluang Cerah Buat Ducati

Seperti dalam Sprint, Bagnaia bermula cemerlang dengan melakukan holeshot, diikuti rapat oleh Acosta. Namun, Alex Marquez mula menyerang awal menewaskan rakan senegaranya di selekoh keempat, sebelum memintas Bagnaia pada pusingan seterusnya untuk mendahului perlumbaan.

Pertarungan antara Bagnaia dan Acosta berlangsung sengit di pusingan ketiga, dengan aksi berbalas serangan di selekoh 4, 5 dan 9. Duel ini membolehkan Marquez membina jurang hampir satu saat di depan.

Acosta Tampil Hebat, Mir Mengejar

Pada pertengahan perlumbaan, Marquez terus mengekalkan rentak konsisten sekitar 2:00 minit setiap pusingan, manakala Bagnaia dan Acosta bersaing rapat untuk tempat kedua. Di belakang mereka, pertarungan antara Fabio Quartararo dari Monster Energy Yamaha MotoGP dan Joan Mir semakin rancak, dengan Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) dan rakan sepasukan Alex Marquez, Fermin Aldeguer cuba mengejar.

Pada pusingan kesepuluh, Mir berjaya menewaskan Quartararo dan mula mengejar kumpulan hadapan, manakala di barisan belakang beberapa pelumba seperti Raul Fernandez dari pasukan Trackhouse MotoGP dan Miguel Oliveira dari Prima Pramac Yamaha Factory tersingkir akibat terjatuh.

Masalah Teknikal Bagnaia, Peluang Emas Buat Mir

Ketika Acosta memintas Bagnaia di selekoh 11 untuk mengambil tempat kedua, Marquez sudah pun membuka jarak hampir dua saat di hadapan. Namun, nasib malang menimpa juara dunia itu apabila jentera Ducati beliau mengalami masalah teknikal pada bahagian tayar menjelang pusingan terakhir. Insiden itu memberi peluang kepada Mir untuk naik ke kedudukan ketiga dan menamatkan perlumbaan di podium.

Keputusan Akhir GP Malaysia 2025

  1. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  2. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing)
  3. Joan Mir (Honda HRC Castrol)
  4. Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team)
  5. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP)
  6. Fabio Di Giannantonio (VR46 Racing)
  7. Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3)
  8. Luca Marini (Honda HRC Castrol)
  9. Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing)
  10. Ai Ogura (Trackhouse MotoGP Team)

Penutup Musim

Dengan keputusan ini, Alex Marquez mengesahkan naib juara dunia MotoGP 2025, manakala pertarungan untuk tempat ketiga kini terbuka antara Marco Bezzecchi dari Aprilia Factory Racing, Bagnaia dan Acosta menjelang pusingan seterusnya di Portimao, Portugal.

Kemenangan di Sepang ini juga merupakan kemenangan pertama Alex Marquez di luar Sepanyol bukti kematangannya sebagai pelumba elit dan pengukuhan kedudukan Gresini Racing dalam kancah MotoGP musim ini.

Alex Marquez Ducati Francesco Bagnaia Malaysian GP 2025 MotoGP MotoGP 2025
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.