Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2023: Bezzecchi Juara GP Argentina! Tanda Kebangkitan Pasukan Rossi?
Auto Terkini

#MotoGP2023: Bezzecchi Juara GP Argentina! Tanda Kebangkitan Pasukan Rossi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARCO Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati) mendominasi trek basah GP Argentina 2023 dengan mencatat kemenangan sulung dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, dan menduduki tangga teratas kutipan mata setakat ini.

Johann Zarco (Pramac Ducati) mempamerkan kebangkitan dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Alex Marquez (Gresini Ducati) melengkapkan barisan podium untuk saingan pusingan kedua MotoGP 2023.

BACA >>> Pecco Juara GP Portugal 2023, Bukti Ducati Masih Sukar Dicabar
BACA >>> Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina

Mantan juara musim lalu, Francesco Bagnaia aka Pecco (Ducati Lenovo) berdepan nasib malang apabila terpaksa menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 selepas terbabas dari posisi kedua.

Juara perlumbaan Sprint kelmarin, Brad Binder (Red Bull KTM) pula terbabas di lap pertama, tetapi segera kembali memberi saingan. Maverick Vinales (Aprilia Racing) memintas Binder di lap ke-5 yang terbabas akibat hilang kawalan.

Vinales memulakan permulaan ‘lemah’ dengan menduduki tempat ke-12 pada lap kedua sebagai pelumba yang dianggap mampu memberi saingan sengit untuk kejuaraan musim ini.

Bezzecchi masih mendahului saingan, diikuti rapat Alex dan Pecco yang melengkapkan tiga pelumba depan, serta diekori Morbidelli dan Zarco di belakang.

Pelumba harapan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo tersasar luas di lap 7 akibat pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami membuat pintasan agresif. El Diablo berada di tempat ke-15 selepas lima lap.

Lap ketujuh menyaksikan Bezzecchi sukar disekat mana-mana pelumba dengan Alex kekal ketinggalan 2 saat di belakang, diikuti Pecco dan Morbidelli.

Pecco kemudian memintas Alex untuk posisi kedua ketika aksi berbaki 10 pusingan lagi. Ketika itu, Bezzecchi sudah meninggalkan lawannya hampir 7 saat di depan. Pecco kemudian terbabas tetapi sempat kembali meneruskan perlumbaan walaupun tanpa peg kaki kanan yang menyukarkan  aksinya, terutama ketika membrek roda belakang.

Nasib malang Pecco itu membolehkan Morbidelli menyelit ke tempat ketiga, tetapi posisi pelumba Yamaha itu tidak lama apabila dipintas Zarco. Dia kemudian meningkatkan kelajuan dengan mengasak Alex di lap akhir hingga melepasi garisan penamat sebagai naib juara.

BACA >>> 42 Perlumbaan, 21 Pusingan dalam Kalendar MotoGP 2023, Aksi Sepang Anjak ke November
BACA >>> GP Portugal Mungkin Gugur dalam Kalendar MotoGP Jika Gagal Atasi Masalah Perangkap Kerikil

SENARAI PEMENANG

  1. Marco Bezzecchi – Mooney VR46 Ducati (GP22)
  2. Johann Zarco – Pramac Ducati (GP22)
  3. Alex Marquez – Gresini Ducati (GP22)
  4. Franco Morbidelli – Monster Yamaha (YZR-M1)
  5. Jorge Martin – Pramac Ducati (GP23)
  6. Jack Miller – Red Bull KTM (RC16)
  7. Fabio Quartararo – Monster Yamaha (YZR-M1)
  8. Luca Marini – Mooney VR46 Ducati (GP22)
  9. Alex Rins – LCR Honda (RC213V)
  10. Fabio Di Giannantonio – Gresini Ducati (GP22)
  11. Augusto Fernandez – Tech3 GASGAS (RC16)
  12. Maverick Viñales – Aprilia Racing (RS-GP23)
  13. Takaaki Nakagami – LCR Honda (RC213V)
  14. Raul Fernandez –  RNF Aprilia (RS-GP22)
  15. Aleix Espargaro – Aprilia Racing (RS-GP23)
  16. Francesco Bagnaia – Ducati Lenovo (GP23)
  17. Brad Binder – Red Bull KTM (RC16)

KEDUDUKAN MATA TERKUMPUL

  • Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati) –  50
  • Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) – 41
  • Johann Zarco (Pramac Ducati) – 35
  • Alex Marquez (Gresini Ducati) – 33
  • Maverick Vinales (Aprilia Racing) – 32
  • Jack Miller (Red Bull KTM) – 25
  • Jorge Martin (Pramac Ducati) –  22
  • Brad Binder (Red Bull KTM) –  22
  • Franco Morbidelli (Monster Yamaha) – 21
  • Fabio Quartararo (Monster Yamaha) –  18
  • Luca Marini (Mooney VR46 Ducati) –  15
  • Alex Rins (LCR Honda) –  13
  • Aleix Espargaro (Aprilia Racing) –  12
  • Augusto Fernandez (Tech3 GASGAS) – 8
  • Takaaki Nakagami (LCR Honda) –  7
  • Marc Marquez (Repsol Honda)  – 7
  • Fabio di Giannantonio (Gresini Ducati) –  6
  • Joan Mir (Repsol Honda) – 5
  • Miguel Oliveira (RNF Aprilia) –  3
  • Raul Fernandez (RNF Aprilia) –  2

SUMBER: MotorcycleSport

2023 MotoGP Alex Marquez autoterkini GP Argentina 2023 Johann Zarco Marco Bezzecchi (VR46) Mooney VR46 Ducati MotoGP 2023 roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.