• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Suzuki Smash - Ringan dan Mudah Dikendali

MOTO: Suzuki Smash - Ringan dan Mudah Dikendali

March 12, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

DSC_0070DUA minggu lalu saya berkesempatan menunggang uji Suzuki Smash Fi yang sudah pun diperkenalkan Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) Sdn Bhd penghujung tahun lalu.

Sewaktu mengambil model tersebut di ibu pejabat Suzuki di Glenmarie, Shah Alam, salah seorang mekanik menyatakan motosikal yang bakal saya bawa ini cukup ringan dan mudah dikendalikan. Berkali-kali dia mengulangi benda yang sama sehingga membuatkan hati saya terbuak-buak mahu mencubanya biarpun hanya sebuah kapcai.

Namun sebelum menceritakan pengalaman sepanjang menguji jentera ini, mungkin lebih baik saya sentuh sedikit latar belakang SAM.

SEJARAH

Suzuki adalah salah satu perusahaan asal Jepun yang mengembangkan sayap ke Malaysia bersama pesaing lain seperti Honda, Kawasaki dan Yamaha sejak 1971. Beberapa produknya sempat menjadi pilihan utama pengguna Malaysia. Tapi kebelakangan ini Suzuki seakan tidak terlalu serius dalam memperluaskan model motor untuk bersaing dengan jentera lain.

Sebelum ini, Suzuki menjadi pelopor dalam segmen skuter hingga jenama itu menjadi hit di pasaran. Namun segala pujian itu lenyap akibat pukulan Yamaha yang giat mengembangkan rekaan motosikalnya. Secara peribadi, faktor kekurangan inovasi mungkin menjadi salah satu sebab mengapa Suzuki agak senyap.

Bermula Suzuki Nex, Shogun Axelo atau lain seakan wujud jurang dengan pengeluar lain. Mungkin rekabentuk yang tidak menepati trend menjadi penyebab. Boleh dikatakan Suzuki ketinggalan dari segi rekaan 3D dan speedometer serta rekabentuk klise sesama varian. Namun, kualiti enjin terbaik ialah keistimewaan Suzuki yang tidak perlu dipertikaikan.

DSC_0043RINGAN

Baiklah, lupakan seketika isu lama Suzuki itu. Saya merasakan Suzuki kini sudah bangkit daripada tidur menerusi kehadiran beberapa model baharu termasuk motosikal berkuasa tinggi.

Suzuki Smash ialah underbone yang sesuai buat mereka yang mahukan kelajuan dan pada masa sama penjimatan bahan api. Penerapan teknologi geseran rendah enjin 4-lejang penyejukan udara mampu menjimatkan petrol hingga 37 peratus berbanding model lain.

kos memiliki lesen motosikal

MANTAP

Sepanjang pengendalian selama seminggu, apa yang boleh saya katakan Smash mudah dikendalikan dalam apa jua keadaan jalan. Casisnya yang ringan dan mudah mencelah, terutama ketika berhadapan kesesakan lalu lintas. Respon awal motor juga cukup baik dan agresif. Anjakan gear satu, dua dan tiga bertukar mudah sekali gus membuatkan jentera ini bergerak lancar. Mencapai kelajuan 100kmj bukan menjadi penghalang.

Kerjasama antara suspensi hadapan dan belakang bertindak cemerlang walaupun beberapa kali terlanggar lubang pada kelajuan sederhana. Daya redam begitu lembut dan menjadi bonus  buat pembonceng.

PENAMPILAN MENYERLAH

Penampilan Smash Fi tampak lebih moden dengan pilihan warna menarik yang menyerlahkan identiti.  Semoga pengenalan Smash Fi dapat mengulangi sejarah kehandalan Smash yang dahulu dikenali sebagai motosikal tahan lasak dan menjimatkan.

Pandangan saya, Suzuki Smash mungkin boleh dimasukkan dalam senarai peminat underbone jika anda sedang tercari-cari motosikal baharuyang mampu memberikan kelainan.

SPESIFIKASI

ENJIN 4-lejang, penyejukan udara, SOHC
SISTEM PENGHIDUP Elektrik & Tendang
BREK DEPAN Cakera
BREK BELAKANG Dram
TANGKI 3.7L
BERAT 90KG
HARGA RM5,000

kos memiliki lesen motosikal

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Shogun Axelo, Suzuki Assemblers Malaysia (SAM), Suzuki Nex, Suzuki Smash Fi, Suzuki Smash Fi test ride, Tunggang uji Suzuki Smash Fi

Comments

  1. Ayam says

    September 15, 2019 at 9:13 AM

    CC berapa?
    Tak bagitau

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Rai Masuk Kalendar MotoGP, Yamaha MT-15 V2 (2023) Perkenal Tujuh Warna Pilihan di India
    Rai Masuk Kalendar MotoGP, Yamaha MT-15 V2 (2023) Perkenal Tujuh Warna Pilihan di India
  • Quartararo Naik Podium di GP India 2023, Tetap Bersaing Sehingga Garisan Penamat
    Quartararo Naik Podium di GP India 2023, Tetap Bersaing Sehingga Garisan Penamat
  • EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
    EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
  • Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
    Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my