• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Perlumbaan ARRC 2015 Hujung Minggu Ini

MOTO: Perlumbaan ARRC 2015 Hujung Minggu Ini

April 15, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

SuperSports 600cc race at the Sepang circuit last yearKEJUARAAN Motosikal Asia FIM 2015 (ARRC) bakal membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang, bermula 17 hingga 19 April ini.

Terbuka secara percuma kepada orang ramai, ARRC musim ini memperkenalkan dua kategori baharu dan terdapat beberapa perubahan teknikal yang dijangka menghangatkan lagi perlumbaan.

Perlumbaan kelas terbuka Asia Production 250cc (AP250) dan Cabaran Suzuki Asia (SAC) adalah antara dua kategori baharu selain mengekalkan dua katagori sedia ada iaitu Underbone 130cc serta Asia Dream Cup (ADC).

Kelas AP250 adalah perlumbaan kelas terbuka melibatkan pengeluar-pengeluar jentera 250cc Honda, Kawasaki dan Yamaha di mana beberapa peraturan teknikal digubal bagi membolehkan ketiga-tiga jentera ini berada di grid sama.

Manakala kelas SAC pula menyaksikan barisan pelumba menggunakan jentera Suzuki FU150 yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan pelumba-pelumba di rantau Asia.

Selain itu, kehadiran beberapa pelumba handalan terutama dalam kelas SuperSports 600cc seperti bekas pelumba Moto2, Yuki Takahashi, Noriyuki Haga dan pelumba Australia, Mark Aitchison bakal merancakkan lagi perlumbaan.

Zamri Baba is one of the main contenders for the 2015 SuperSports 600cc titlePengarah Promosi Promoter Kejuaraan Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg berharap penyokong tempatan dapat menggunakan kesempatan ini untuk hadir bagi memberikan sokongan buat pelumba Malaysia yang akan beraksi menentang barisan pelumba handalan dari seluruh Asia.

Selain Litar Sepang, seluruh kontinjen bakal beraksi di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 4-7 Jun diikuti pusingan ketiga di Litar Suzuka (1 - 5 Julai).

Litar Buriram pula akan menjadi hos bagi pusingan keempat pada 27 hingga 30 Ogos diikuti pusingan kelima di Litar Losail, Doha, Qatar pada 30 September - 3 Oktober) sebelum kembali semula ke Litar Buriram untuk pusingan terakhir pada 2 hingga 6 Disember.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ADC, AP250, ARRC, Asia Dream Cup, Asia Production 250cc, Cabaran Suzuki Asia, Honda, Kawasaki, KEJUARAAN Motosikal Asia FIM 2015, Litar Sepang, Ron Hogg, SAC, SUZUKI Malaysia Automobile, Underbone 130cc, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my