• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: KTM RC200 & RC390 (2014)

MOTO: KTM RC200 & RC390 (2014)

September 19, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1220659KTM RC membuat kemunculan global pada 3 September lalu di Modena, Itali. Tanpa perlu menunggu lama, KTM CKD Malaysia menerusi pengedarnya, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd sudah melancarkan dua model motosikal supersport terbaharunya iaitu RC200 dan RC390.

Diinspirasikan daripada model motosikal lumba, pengenalan kedua-dua model ini nyata menggembirakan peminat motosikal terutamanya mereka yang baru mula menjinakkan diri dalam dunia motosikal berkuasa tinggi.

P1220723Pengurus Besar Eurotech Wheel, Muhamad Zamry Abu Samah memaklumkan kedua-dua model itu bakal berada di pasaran dan rangkaian pengedar KTM seluruh negara menjelang Oktober hadapan.

" Biarpun kami belum lancarkan model ini, namun ada yang sudah membuat tempahan. Ternyata kehadiran barisan model RC mampu menjadi antara model KTM diminati ramai.

" Kami menyasarkan penjualan kira-kira 1,000 unit bagi kedua-dua model menjelang hujung tahun ini," katanya.

Dari aspek prestasi, kedua-dua varian ini menggunakan enjin 1-silinder DOHC empat strok. Bagi RC200, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 25hp. Manakala RC390 pula mampu menghamburkan kuasa sebanyak 44hp.

P1220749P1220691    P1220684

P1220726  P1220734  P1220701  P1220709Melihat rekabentuk supersport terbaharu ini, ia seakan mempunyai tarikan tersendiri yang dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk memilikinya. Lebih tampak menarik, lampu hadapan halogen berkembar sengaja dibiarkan separuh tersembunyi.

Lampu isyarat membelok pula digabungkan pada cermin sisi dan kerusi belakang yang tidak kelihatan sehingga menampakkan satu kerusi sahaja bagi menyerlahkan imej perlumbaan. Begitu juga lampu belakang yang hadir dengan rekaan menarik.

Ramai juga tertanya-tanya, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua model ini memandangkan ia hadir dengan rekabentuk yang hampir sama. Selain perbezaan unit enjin, kedua-dua boleh dibezakan menerusi warna kit badan. RC200 dipadankan dengan kit badan berwarna hitam manakala RC390 berwarna putih. Berat RC200 juga 9.5kg lebih ringan berbanding RC390 selain ketiadaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada RC200.

Harga jualan pula agak kompetitif. Model yang dipasang sepenuhnya (CKD) di kilang KTM Motonation Manufacturer Sdn Bhd Jitra, Kedah ini dijual pada harga RM16,888 bagi RC200 dan RM27,500 bagi varian RC390.

Sekiranya anda masih tercari-cari motosikal berkuasa tinggi, kedua-dua model ini mungkin masuk dalam senarai. Jika tidak, tunggang ujinya di pusat pameran KTM berdekatan dengan anda.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, Itali, KTM CKD Malaysia lancar RC200 & RC390, KTM Motonation Manufacturer Sdn Bhd, KTM RC200, KTM RC390, Pelancaran global di Modena

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my