• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: KTM 390 Duke Battle 2014 - Pusingan 1

MOTO: KTM 390 Duke Battle 2014 - Pusingan 1

May 13, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

DSC_3430

PERLUMBAAN KTM 390 Duke Battle 2014 yang berlangsung di Litar Sukan Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC), Ayer Keroh, Melaka, 19-20 April lalu menyaksikan Abdul Wafi Hassan muncul juara pusingan pertama. Tempat kedua dan ketiga dimenangi Mohd Azrald Azmi dan Hamizudin Aizat Ahadin.

Perlumbaan dua hari itu membabitkan saingan sengit antara 15 pelumba terpilih bagi merebut dua tempat teratas ke pusingan terakhir yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, 13-14 Disember ini.

Pengurus Besar KTM Malaysia CKD, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, pihaknya membelanjakan RM1.5juta bagi melaksanakan perlumbaan ini dengan menyediakan platform buat anak muda mengetengahkan bakat selain mengelakkan mereka terjebak aktiviti tidak sihat.

“Bagi mereka yang berumur antara 18 hingga 40 tahun, inilah peluang terbaik kerana kami hanya terima 15 penyertaan terawal setiap pusingan. Pemilihan awal dibuat berdasarkan syarat seperti penyertaan awal diterima, jenis motosikal dimiliki, pengalaman menunggang dan kriteria lain.

“ Saya berharap penganjuran ini dapat menggilap bakat pelumba muda dalam melahirkan pelumba bertaraf antarabangsa,” katanya.

Sepanjang perlumbaan, pihak KTM Malaysia CKD menyediakan 18 unit motosikal KTM 390 Duke buat pelumba sebagai jentera perlumbaan. Setiap pelumba juga menerima sut dan sarung tangan perlumbaan serta topi keledar.

Juara akhir KTM 390 Duke Battle 2014 bakal menerima hadiah berupa motosikal KTM 200 Duke (Non ABS), manakala baucar Powerparts bernilai RM3,000 dan RM2,000 masing-masing untuk pemenang kedua dan ketiga. Mereka yang berminat boleh layari laman dukebattle.ktmmalaysiackd.com untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut.

Turut mendapat kerjasama perlumbaan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dan KTM Superfans.

DSC_3201

DSC_3350  DSC_3034  DSC_3282  DSC_3354

DSC_3466

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Abdul Wafi Hassan, Hamizudin Aizat Ahadin, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), KTM 390 Duke, KTM 390 Duke Battle 2014, ktm ckd, ktm malaysia, KTM Superfans, Litar Antarabangsa Sepang, MIMC, Mohd Azrald Azmi, Motorsport Association of Malaysia (MAM), Muhamad Zamry Abu Samah, Sepang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my