• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Moto Guzzi V100 Mandello dengan Enjin Baharu Bakal Lancar Sempena Aniversari ke-100

Moto Guzzi V100 Mandello dengan Enjin Baharu Bakal Lancar Sempena Aniversari ke-100

September 13, 2021 By Wahid Leave a Comment

848
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTO Guzzi V100 Mandello
akhirnya diperkenalkan selepas pelbagai spekulasi tular di media sosial sebelum ini. Pelancaran model baharu itu dibuat sempena meraikan ulang tahun Moto Guzzi ke-100 sebagai pengeluar motosikal.

V100 ialah model yang membawa Moto Guzzi ke alaf baharu kerana jenama itu terkenal sebagaipengeluar model gaya retro moden di bawah naungan Piaggio Group. Model baharu itu menonjolkan ciri baharu seperti rekabentuk kontemporari dengan penggunaan swingarm sebelah.

V100 juga dijana enjin baharu 1000cc, berbanding enjin V85 berkapasiti 850cc sebelum ini. Enjin baharu itu juga menggunakan penyejukan cecair dengan menghasilkan kuasa maksimum sekitar 120hp.

BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar Tiga Model 1,000cc, GSX-R1000, GSX-R1000R dan Katana!

kilang-moto-guzzi-itali
kilang-moto-guzzi-itali-1

Nama 'Mandello' diambil sempena nama pekan Mandello del Lario, di sebelah Tasik Como, Itali, yang juga 'kampung halaman' Moto Guzzi sejak 1921.

Namun, ciri paling utama ialah komponen aerodinamik aktif. Video pratonton model tersebut menunjukkan penutup sisi radiator yang terangkat utnuk mengalirkan udara ketika ditunggang. Selain itu, tinggi visor angin juga dilaraskan automatik mengikut halaju motosikal. Anda boleh tonton video di bawah ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa gambar yang menunjukkan versi spesifikasi tinggi dengan suspensi elektronik semi-aktif Öhlins. Apapun, semua varian V100 Mandello akan menggunakan brek Brembo dan tayar Pirelli Diablo Rosso IV baharu.

Moto Guzzi dijangka melancarkan model berkenaan secara rasmi di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 bulan depan.

BACA >>> Moto Guzzi V7 III Rough di Malaysia, Pembeli Awal Dapat Harga Kasih Sayang RM69,900!
BACA >>> 12 Fakta Pantas | Moto Guzzi V7 III Carbon Lancar di Malaysia, Harga RM74,900

Related

848
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Moto Guzzi, Moto Guzzi V100 Mandello, naked bike, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev