Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Kekal Sasaran Operasi ECRL Januari 2027, Fokus Ujian Integrasi Sistem
Auto Terkini

MOT Kekal Sasaran Operasi ECRL Januari 2027, Fokus Ujian Integrasi Sistem

SyafieBy Syafie28/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Anthony Loke dan ECRL

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) kekal dengan sasaran untuk mengoperasikan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Januari 2027, walaupun ujian dan pemeriksaan sistem masih belum dimulakan setakat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kejayaan sesuatu projek rel bukan hanya bergantung kepada pembinaan landasan semata-mata, sebaliknya ditentukan oleh keupayaan sistem operasi berfungsi secara bersepadu, stabil dan selamat sebelum perkhidmatan boleh dimulakan.

Integrasi Sistem Jadi Faktor Paling Kritikal

Menurut beliau, aspek integrasi sistem merupakan cabaran terbesar dalam pelaksanaan projek rel berskala besar seperti ECRL.

Yang pertamanya, kena faham bahawa sistem kereta api ini bukan hanya melihat kepada landasan. Ia memerlukan integrasi sistem terlebih dahulu. Buat masa ini, pemeriksaan dan ujian sistem masih belum dimulakan.

Namun, MOT masih kekal dengan jadual iaitu Januari tahun depan kerana kita sudah mempunyai pengalaman sebelum ini,” katanya.

Pengalaman Lalu Jadi Pengajaran

Anthony berkata pengalaman terdahulu membabitkan isu operasi aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menjadi pengajaran penting kepada kementerian.

Menurutnya, kedua-dua projek itu berdepan masalah berkaitan sistem dan perisian, yang menjejaskan kelancaran operasi walaupun infrastruktur fizikal telah siap.

Cabaran paling besar dalam sistem rel ialah ujian integrasi, bagi memastikan semua komponen boleh berfungsi dengan baik dan selaras antara satu sama lain sebelum operasi penuh dimulakan,” katanya.

Keselamatan, Kebolehpercayaan Jadi Keutamaan

Anthony menegaskan MOT akan terus memantau rapat pelaksanaan projek ECRL, khususnya dari aspek teknikal, bagi memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kelancaran operasi apabila perkhidmatan dimulakan kelak.

MOT akan memastikan semua keperluan teknikal dipenuhi sebelum ECRL beroperasi,” katanya.

Kemajuan Projek Cecah 89 Peratus

Untuk rekod, projek ECRL yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dilaporkan sudah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025.

ECRL dijangka menjadi antara tulang belakang sistem pengangkutan rel negara, menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta merancakkan pembangunan ekonomi serantau.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

ETS Beroperasi 24 Jam Secara Bermusim Mulai Tahun Baharu Cina, Tambah Hingga 46 Trip Sehari

28/01/2026
Penerbangan Batik Air - Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Kerajaan Berkesan Kekang Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan

28/01/2026
Pemandu Singapura isi RON95
Auto Terkini

KPDN Cadang Larang Pembelian RON95 bagi Kenderaan Asing, Berkuat Kuasa 1 April 2026

28/01/2026
Auto Terkini

Loke: Hadkan Motosikal di Lebuh Raya Perlu Dinilai Secara Praktikal, Belum Ada Keputusan

28/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.