
DI PASARAN tempatan kini tinggal pilih sahaja motosikal cruiser yang anda mahukan. Terima kasih kepada Mforce yang giat memasarkannya dan menariknya pada harga yang cukup berpatutan.
Di antara jenama yang dibawa ialah Morbidelli, jenama legenda Itali yang kini berada di bawah Keeway Group.
Satu daripada model menarik dari Morbidelli ialah cruiser C252V yang belum dibawa masuk ke pasaran tempatan namun sudah diperkenalkan di Eropah.

C252V berada dalam segmen cruiser A2 (kategori lesen memandu motosikal berkuasa sederhana) dan membawakan reka bentuk klasik V-Twin dengan teknologi moden, kawalan mudah dan pakej keselamatan yang unggul.
Konfigurasi V-Twin memecah kebiasaan enjin silinder tunggal yang 'dinormalisasikan' di sesetengah pasaran. Selain V-Twin, satu lagi yang menarik ialah C252V menggunakan tali sawat untuk pacuan roda belakang.
Enjin dan Prestasi V-Twin

- Enjin 249.1cc V-Twin SOHC 8 injap, penyejukan cecair.
- Kuasa maksimum yang dibekalkan adalah 25.8 ps pada 9,000 rpm.
- Daya kilas (tork) adalah 25.0 Nm pada hanya 5,500 rpm untuk tindak balas yang lincah.
- Kelajuan maksimum 125 km/j.
- Tangki bahan api 15.5 liter.
Transmisi:

- Menggunakan kotak gear 6-kelajuan.
- Dipadankan dengan tali sawat (belt drive) dan bukan rantai.
- Pilihan tali sawat memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan mengurangkan penyelenggaraan.
- Klac multi-plat basah dan klac slipper (slipper clutch) yang membantu menstabilkan penukaran gear menurun.
Casis, Pengendalian dan Ergonomik

- Rangka: Casis buaian berkembar keluli (double-cradle steel frame).
- Ketinggian Pelana: Hanya 690 mm.
- Berat: Berat (curb) 200 kg - Ringan untuk sebuah motosikal yang nampak sasa.
- Muatan Maksimum: 180 kg.
Suspensi dan Tayar:

- Suspensi Hadapan: Fork terbalik (upside-down telescopic forks) 37 mm.
- Jarak (Travel) Hadapan: 115 mm.
- Suspensi Belakang: Penyerap hentak berkembar dengan pelarasan prabeban 5 peringkat.
- Tayar Hadapan: 130/90-16, CST.
- Tayar Belakang: 150/80-16, CST.
Teknologi dan Keselamatan

- Brek Hadapan: Cakera besar 320 mm dengan kaliper 4-piston.
- Brek Belakang: Cakera 260 mm dengan kaliper 2-piston.
- ABS: ABS 2-Saluran Bosch.
- TCS: Sistem Kawalan Traksi (TCS) sebagai standard.
Spesifikasi Teknikal Utama Morbidelli C252V

- Enjin: 249.1cc V-Twin 4-lejang, 8-injap, sejukan cecair
- Kuasa Maks. (ps/rpm): 25.8/9,000
- Tork Maks. (N-M/rpm): 25.0/5,500
- Transmisi: 6-kelajuan / Tali sawat (Belt)
- Brek Hadapan: Cakera 320 mm, kaliper 4-piston
- Brek Belakang: Cakera 260 mm, kaliper 2-piston
- ABS: 2-saluran, Bosch
- TCS: Ya
- Jenis Rangka: Buaian berkembar (Double-cradle)
- Suspensi Hadapan: Fork terbalik 37 mm
- Jarak Perjalanan Suspensi Hadapan: 115 mm
- Tayar Hadapan: 130/90-16, CST
- Tayar Belakang: 150/80-16, CST
- Ketinggian Tempat Duduk: 690 mm
- Kapasiti Bahan Api (L): 15.5
- Berat: 200 kg
- Kelajuan Maks.: 125 km/j
- Warna: Heritage Red, Silver Milano, Racing Green, Steel Blue dan Shadow Black.
























Leave a Reply