Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Moped Modenas Dikesan Lagi – Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan? Harga Sekitar RM8,000?
Roda2

Moped Modenas Dikesan Lagi – Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan? Harga Sekitar RM8,000?

Abang GYLBy Abang GYL05/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

moped modenasMODEL yang dinanti ramai, moped Modenas sekali lagi dikesan sedang menjalani ujian di sekitar Jitra dan Alor Setar, Kedah. Menerusi kiriman video daripada pembaca kami, Api Moto dan Fahmi, mereka mendakwa terserempak model tersebut, yang dikatakan sebagai moped Modenas, dan cuba mengejar untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.

Jika melihat pada video berkenaan, ya, memang itu moped Modenas yang dikhabarkan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sebelum ini, ada beberapa foto moped Modena sudah tersebar di laman media lain. Ini bermakna, Modenas kini dalam fasa terakhir sebelum memasarkan model itu ke pasaran tempatan.

Lebih menarik, model moped Modenas berkenaan dikhabarkan bukan lagi dipada enjin 150cc, sebaliknya bakal dijana jantung bersesaran 175cc. Proses pembuatan enjin dibikin khas pasukan jurutera Modenas sendiri. Khabarnya, seramai sembilan jurutera Modenas sudah ‘berkampung’ hampir 3 tahun di Universiti Graz, Austria untuk memastikan pembikinan enjin berjalan lancar.

BACA >>> Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?

moped 175cc Modenas
moped 175cc Modenas
Harga Moped Modenas
Moped Modenas
harga moped modenas
Moped Modenas

HARGA SEKITAR RM8,000?

Apa yang pasti, kehadiran moped Modenas bakal memberi saingan buat Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS 150i. Jika Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R dijual pada harga sekitar RM9,000, berapa pula harga perlu diletakkan Modenas?

Berdasarkan pemerhatian, kami menjangka harga moped Modenas akan dijual sekitar RM8,000 hingga RM9,000. Walaupun Modenas ialah pengeluar pertama menyuarakan hasrat mahu menghasilkan model super moped, tetapi mereka pula yang terakhir memperkenalkannya. Apapun, kami yakin penambahbaikan daripada 150cc kepada 175cc adalah satu keputusan bijak.

Persoalannya, mampukah moped Modenas 175cc memikat hati anda? Bolehkah bersaing dengan pesaing lain seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R ataupun Benelli RFS 150i?

Jika anda ada foto atau info mengenai moped Modenas ini, sila hubungi kami di laman Facebook.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

harga moped modenas Kapcai Modenas Moped moped modenas moped modenas 150cc moped modenas 175cc motosikal roda2 Spyshot super moped
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.