• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mohd Fitri Ashraff Raih Podium Pertama Musim 2015

Mohd Fitri Ashraff Raih Podium Pertama Musim 2015

October 19, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

CP130 Podium Cub Prix Maeps-pandulajudotcom

PERLUMBAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan ke-8 menyaksikan Mohd Fitri Ashraff Razali berjaya meraih kemenangan pertama musim 2015 apabila muncul juara bagi kategori CP130 yang berlangsung di Litar Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.

Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ yang bermula dari petak ke-11 itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan catatan masa 14’50.469s, mengatasi duo Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Hafiz Nor Azman dan Mohd Rozaiman Said dengan masa 14’50.931s dan 14’54.799s.

Fitri lead the group Cub Prix Maeps-pandulajudotcom

Manakala Mohd Adib Rosley yang muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat bagaimanapun jatuh ke tempat ke-9 setelah dikenakan penalti 30 saat kerana kesalahan memintas ketika bendera kuning dikibarkan.

Dalam pada itu, Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM) yang tamat di kedudukan ke-8 terus kekal mendahului senarai pelumba dengan mengumpul 103 mata, iaitu 24 mata mengatasi gandingan Abd Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dan rakan sepasukan Muhaimin yang juga abangnya, Ahmad Fazli Sham dengan 70 mata.

CP115 podium Cub Prix Maeps-pandulajudotcomKATEGORI CP115

Bagi saingan kelas CP115 pula, ia menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin yang berjaya meraih gelaran juara buat kali ketiga pada musim ini.

Tengku Amirul menamatkan perlumbaan dengan masa 12’16.280s menewaskan pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di tempat kedua dengan masa 12’22.486s. Tempat ketiga milik Mohd Izzat Zaidi Salehan dengan masa 12’23.010s

Dalam senarai keseluruhan, Kasma Daniel kekal di tangga teratas dengan mengumpul 140 mata diikuti Tengku Amirul, 111 mata dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) ketiga, 69 mata.

Wira PodiumKATEGORI WIRA

Sekalipun sudah menggenggam gelaran juara keseluruhan kategori Wira, Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) meneruskan penguasaan dengan meraih gelaran juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menamatkan perlumbaan dengan masa 10’07.580s.

Tempat kedua milik Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) dengan masa 10’07.630s diikuti Mohd Irfan Rosnizam (FELDA AFB Tech Cardinals Racing) ketiga, 10’19.984s.

Harith di tangga teratas keseluruhan dengan 195 mata diikuti Saiful Izman Ahmad Zamani (FELDA AFB Tech Cardinals Racing), 93 mata dan Khairul Ikhwan ketiga, 90 mata.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cub Prix 2015, MAEPS, Mohd Fitri Ashraff Razali, Motor, Perlumbaan CubPrix, Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my