Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOF Nafi Dakwaan Petronas ‘Kebas’ 95 Peratus Hasil Minyak Sabah, Sarawak
Auto Terkini

MOF Nafi Dakwaan Petronas ‘Kebas’ 95 Peratus Hasil Minyak Sabah, Sarawak

SyafieBy Syafie13/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Petronas

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menafikan dakwaan konon Petroleum Nasional Berhad (Petronas) mengambil hingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, angka tersebut tidak benar, dan keuntungan sebenar Petronas selepas ditolak semua kos hanya sekitar 10 peratus atau kurang.

Menurutnya, Petronas perlu menanggung pelbagai kos seperti operasi, penerokaan, pengeluaran minyak dan cukai jualan, sebelum sebarang keuntungan dapat dikira.

Selepas mengambil kira semua bayaran termasuk 10 peratus kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri, kira-kira 80 peratus hasil digunakan untuk menampung kos pengeluaran.”

Amir Hamzah berkata lagi, industri petroleum di Malaysia dibangunkan melalui sistem kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) antara Petronas dan pelabur.

Kerajaan Negeri Terima Bayaran Tetap 5 Peratus

Berdasarkan kontrak itu, Petronas diwajibkan membayar 5 peratus kepada Kerajaan Persekutuan dan 5 peratus kepada Kerajaan Negeri berdasarkan jumlah pengeluaran kasar.

Selepas itu, baki lebih kurang 10 peratus akan dikongsi antara Petronas dan pelabur selepas cukai.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengenakan cukai jualan 5 peratus ke atas produk petroleum,” jelasnya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Penjelasan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (PH) yang mendakwa Sabah dan Sarawak hanya menerima 5 peratus royalti sepanjang 50 tahun terakhir, manakala Petronas mengambil selebihnya.

Namun MoF menegaskan, dakwaan Petronas ‘mengaut’ 95 peratus hasil minyak Borneo adalah tidak berasas dan mengelirukan.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Datuk Seri Amir Hamzah Azizan Kerajaan Negeri Kerajaan Persekutuan Petroleum Nasional Bhd (Petronas) Petronas Sabah Sarawak
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.