Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Z15GT 2026 – Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
Roda2

Modenas Z15GT 2026 – Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

Han OthmanBy Han Othman24/10/20251 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modenas Z15GT 2026

PENGELUAR motosikal nasional, Modenas hari ini mencipta sejarah baharu industri dua roda tempatan dengan pelancaran Modenas Z15GT 2026, iaitu supermoped pertama yang dibangunkan sepenuhnya tenaga tempatan.

Majlis pelancaran berlangsung sempena hujung minggu MotoGP Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (SIC).

Dibangunkan selama tiga tahun lima bulan hasil kerja pasukan yang terdiri daripada 31 jurutera, pereka dan juruteknik Malaysia, Modenas Z15GT menjadi bukti kemampuan kejuruteraan tempatan yang kini berdiri sebaris jenama global dalam segmen supermoped 150cc.

Lahir di Gurun, Dihasilkan Bersama Kawasaki

Modenas Z15GT 2026

Modenas Z15GT 2026 adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman sepenuhnya daripada Modenas, dengan sokongan teknikal Kawasaki Motors Corporation (KMC).

Sebagai sebahagian proses pemindahan ilmu, lapan jurutera Malaysia menjalani latihan di Jepun, manakala beberapa lagi mengikuti latihan khusus dalam rekabentuk enjin di Austria bersama pakar antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata;

Daripada lakaran pertama di Gurun, ke fasa pengesahan di Jepun, dan kini dihasilkan semula di Gurun, Z15GT ialah bukti bakat tempatan mampu bersaing di peringkat global.

“Ini bukan sekadar motosikal, ini satu kenyataan Modenas bersedia berdiri setaraf jenama warisan dunia.”

Rekabentuk Sugomi, Semangat Harimau Arowana

Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026

Rekabentuk Z15GT diilhamkan berasaskan falsafah Sugomi daripada Kawasaki yang berani, agresif dan berkuasa  dengan sentuhan identiti Malaysia menerusi simbol ikan Arowana yang melambangkan kekuatan dan kebanggaan.

Dari segi spesifikasi, model itu menawarkan kombinasi prestasi dan praktikaliti terbaik dalam kelas.

Spesifikasi Modenas Z15GT 2026

Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026

Berikut spesifikasi ditawarkan Modenas Z15GT 2026:

  • Enjin Euro4 4-lejang silinder tunggal 149.5cc DOHC penyejukan cecair 4-injap dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 12.5kW (16.7hp) @ 9,500rpm dan tork 13.5Nm @ 7,500rpm
  • Transmisi: Klac manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat
  • Kapasiti tangki bahan api:  5.7 liter
  • Sistem suspensi: Fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang)
  • Sistem brek: Brek cakera tunggal depan dan belakang, dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal (belakang) keselamatan tambahan
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
  • Sistem kunci pintar (Smart Key System) dengan penghidup elektrik
  • Berat kerb: 128kg
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
  • Dimensi: Panjang 1,980mm, lebar 670mm dan tinggi 1,100mm, manakala jarak roda 1,315mm
  • Tinggi pelana: 780mm
  • Jarak tinggi bumi: 140mm

Ciri Moden, Teknologi Terkini

Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026

Antara ciri disediakan supermoped pertama Modenas ini ialah:

  • Lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu belakang, lampu siang (DRL), dan lampu signal belok
  • Lampu kecemasan
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
  • Soket USB Type-A
  • Panel meter LCD digital penuh

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas, Jin Inoue berkata;

Modenas Z15GT memenuhi semua kehendak penunggang moden dengan kuasa, keselamatan, teknologi dan gaya, semuanya dengan nilai yang akan mengejutkan pasaran.”

78% Komponen Tempatan, Bukti Keupayaan Industri Malaysia

Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026

Dengan kadar lokalisasi setinggi 78 peratus, Modenas Z15GT bukan sekadar simbol kejuruteraan tempatan tetapi juga menyokong Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) dan menyumbang kepada matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Kilang Modenas di Gurun, Kedah mampu menghasilkan 77,000 unit setahun bagi satu barisan pengeluaran baharu yang membuktikan kesiapsiagaan untuk memenuhi permintaan domestik dan eksport.

Bagi pasaran tempatan, penghantaran Z15GT akan bermula 27 Oktober 2025 melalui semua pengedar Modenas dan Kawasaki di seluruh negara dengan sasaran 27,000 unit setahun (2,250 unit sebulan).

Menjelang 2030, Modenas menyasarkan eksport 60,000 unit ke pasaran seperti Filipina, Greece, Turkiye dan Kemboja, yang menjadikan Malaysia pusat pengeluaran motosikal serantau.

Harga, Varian dan Warna

Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026

Modenas Z15GT ditawarkan dalam tiga warna pilihan:

  • Graphite Green (hijau)
  • Nardo Grey (kelabu)
  • Rosso Red (merah)

Harga pengenalan ditetapkan pada RM8,288, tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Model itu juga disahkan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV), sekali gus menjadi antara supermoped paling canggih dan efisien di pasaran ketika ini.

Modenas Z15GT – dari Gurun ke Dunia

Pelancaran Modenas Z15GT menandakan permulaan baharu buat Modenas bukan sekadar sebagai jenama nasional, tetapi juga pemain global dalam industri motosikal.

Ini jawapan Malaysia kepada jenama antarabangsa. Dari Gurun ke dunia – Z15GT bukan sekadar motosikal, tetapi lambang kekuatan industri dan kreativiti Malaysia.” – Roslan Roskan, CEO Modenas

Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026
Kapcai Modenas Modenas Kawasaki Modenas Z15GT 2026 roda2 Supermoped underbone
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026

1 Comment

  1. Shamsuddin bin Hassan on 25/10/2025 07:50

    Tahniah Modenas Malaysia
    Terbaik untuk menjadi juara dalam Malaysia Cubprix mengatasi jenana luar negara .

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.