Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

SyafieBy Syafie19/01/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda

TIDAK ramai tahu Modenas pernah membangunkan model unik berasaskan kapcai Modenas Ace 115 dengan konfigurasi tiga roda, dikenali sebagai Modenas Spider Ace 115.

Model itu bukanlah motosikal komersial yang dijual kepada umum, sebaliknya dibangunkan khas untuk kegunaan dalaman di kawasan kilang Modenas di Gurun, Kedah bagi membantu pekerja membawa barangan dan peralatan dalam kawasan operasi.

Rekabentuk Tiga Roda, Fokus Kestabilan dan Praktikaliti

Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115

Dari segi rekabentuk, perbezaan paling ketara Modenas Spider Ace 115 terletak pada bahagian depan, apabila konfigurasi roda diubah kepada dua roda di depan dan satu roda di belakang.

Susun atur itu memberikan:

  • Kestabilan lebih baik ketika membawa muatan
  • Kawalan lebih yakin pada halaju rendah
  • Ciri keselamatan tambahan untuk kegunaan berulang dalam kawasan tertutup

Selain itu, model ini turut dilengkapi:

  • Cangkuk dan bakul di belakang memudahkan kerja membawa barangan
  • Rekabentuk ringkas dan praktikal, sesuai untuk operasi industri

Spesifikasi Enjin Modenas Spider Ace 115

Modenas Ace 115
Modenas Ace 115

Walaupun tampil dengan rekabentuk unik, Modenas Spider Ace 115 masih mengekalkan asas mekanikal Ace 115 yang ringkas dan tahan lasak.

Enjin, Prestasi

  • Enjin karburetor 4-lejang, silinder tunggal 114.8cc SOHC penyejukan udara
  • Output kuasa 9.8hp (7kW) @ 8,500rpm, dan tork 9.1Nm @ 4,000rpm
  • Transmisi klac automatik sentrifugal, multiplat basah
  • Pacuan rantai

Spesifikasi jelas menunjukkan Modenas Spider Ace 115 lebih menumpukan aspek ketahanan, kemudahan penyelenggaraan dan penggunaan harian, berbanding prestasi kelajuan.

Bukan Model Baharu, Pernah Menang Anugerah

Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115

Menariknya, Modenas Spider Ace 115 bukanlah projek terkini. Model itu sebenarnya pernah dihasilkan sekitar 2014, dan ketika itu berjaya meraih pengiktirafan serta anugerah inovasi terbaik peringkat kebangsaan.

Pengiktirafan tersebut membuktikan keupayaan Modenas membangunkan penyelesaian mobiliti khusus, bukan sekadar motosikal untuk pengguna awam.

Wajar Dipasar untuk Industri?

Persoalan utama yang timbul, jika Modenas memasarkan Modenas Spider Ace secara rasmi di Malaysia, adakah mendapat sambutan? Dari sudut kegunaan, model seperti itu berpotensi besar untuk kegunaan:

  • Kilang dan kawasan industri
  • Gudang logistik
  • Lapangan terbang
  • Kawasan ladang atau fasiliti tertutup

Namun, kejayaannya bergantung kepada beberapa faktor utama seperti:

  • Harga jualan
  • Sokongan selepas jualan
  • Keperluan sebenar industri tempatan

Apa pula pendapat anda?

Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115
Modenas Spider Ace 115
Auto Terkini Modenas Modenas Ace 115 Modenas Spider Ace 115 motosikal tiga roda Spider Ace
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026

1 Comment

  1. Mustafa kamal bin Zakaria on 17/01/2026 17:58

    Terbaik untuk muatan barang kebun sawit/durian. Harap ada jualan di pasaran..saya berminat..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.