Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
Auto Terkini

Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30

SyafieBy Syafie12/08/20253 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CEO Modenas, Roslan Roskan

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) menyasarkan pertumbuhan lebih agresif menerusi peluasan kemudahan pemasangan, eksport dan peningkatan kapasiti pengeluaran, bertepatan sambutan 30 tahun operasi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, syarikat bermula pada 1996 dengan model kapcai ikonik Kriss 110 dan kini berkembang menghasilkan pelbagai kenderaan dua roda, skuter dan kenderaan serba rupa bumi (ATV).

Perkongsian Kawasaki Lonjak Kapasiti

Logo Kawasaki Heavy Industries (KHI)
Logo DRB-Hicom

Selepas Kawasaki Heavy Industries (KHI) dari Jepun meningkatkan pegangan ekuiti kepada 30 peratus pada 2019, Modenas menjadi pengedar dan pemasang tunggal motosikal Kawasaki di Malaysia dengan DRB-Hicom Bhd menguasai baki 70 peratus saham.

Kerjasama itu membolehkan Modenas menembusi pasaran baharu dan memperkukuh portfolio, termasuk lima model Modenas, tujuh model Kawasaki dan satu model Kymco dilancarkan antara Januari hingga Ogos 2025.

Peningkatan Pengeluaran, Eksport

Kilang di Gurun, Kedah kini mampu menghasilkan lebih 130,000 unit setahun (satu syif), dengan sasaran pengeluaran 100,000 unit menjelang 2026/2027, iaitu peningkatan 30 hingga 40 peratus.

Modenas mengeksport ATV ke Filipina, Thailand dan Indonesia, skuter dan kapcai ke Filipina, serta motosikal kuasa tinggi ke China dan Timur Tengah. Pasaran eksport baharu yang disasar termasuk Indonesia, Turkiye dan Greece.

Barisan Produk Lebih Luas

Selain kapcai, Modenas memperkukuh segmen skuter dengan model premium seperti Kymco DTX 250 (Mei 2025) dan AK550 (Januari 2024). Dua model ATV baharu dilancar untuk pasaran Asean, manakala model ketiga dijangka hujung tahun ini.

Pembangunan Motosikal Elektrik

Modenas kini menghasilkan dua model kenderaan elektrik (EV) dan merancang menambah tiga model tahun ini, serta lima hingga tujuh model dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kerjasama strategik seperti projek MEV-1 PRO bersama Pos Malaysia (November 2024) untuk melengkapkan misi elektrifikasi flit penghantaran menjelang 2030.

Sokong Vendor Tempatan, Latihan TVET

Sebagai komitmen kepada ekosistem perindustrian Malaysia, Modenas akan mempelawa 30 vendor perusahaan kecil dan sederahana (PKS) baharu dan bekerjasama dengan institusi TVET seperti GiatMara.

Empat pusat GiatMara kini dilantik sebagai pusat servis rasmi Modenas, termasuk model EV Pos Malaysia.

Sasaran Jangka Panjang

Logo Modenas
Logo Kymco

Jumlah perngeluaran industri (TIV) tahun lalu mencatatkan 420,000 unit dengan jenama Modenas, Kymco dan Kawasaki menyumbang 39,443 unit. Modenas menyasarkan pertumbuhan jualan dua digit setiap tahun melalui inovasi, pengembangan model dan pengukuhan eksport.

Sempena ulang tahun ke-30, kami kekal komited menghasilkan motosikal rekaan tempatan, menyokong vendor tempatan dan memperkasakan bakat tempatan,” kata Roslan.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini DRB-Hicom Bhd Kawasaki Heavy Industries (KHI) Modenas Modenas Kriss 110 Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Raya Dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026

3 Comments

  1. Rosemarie on 13/08/2025 16:51

    Ni story Bernama. Kenapa kredit nama reporter sendiri?

    Reply
    • Han Othman on 29/01/2026 08:27

      Nama penulis sudah diset sistem automatik untuk siapa yang tulis dan siarkan. Sumber asal ada ditulis hujung artikel.

      Reply
  2. NOOR AHMAD BIN MOHD SARIF on 16/08/2025 10:53

    Modenas memang tahan lasak… Terbaik, mantop meletup markatop mantol.. Saya minat Modenas Elegan 250…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.