• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MODENAS Rai Ulang Tahun ke-30 dengan pelancaran ELIT 150S, Dari RM7,877

MODENAS Rai Ulang Tahun ke-30 dengan pelancaran ELIT 150S, Dari RM7,877

September 13, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) meraikan ulang tahun ke-30 penubuhannya dengan pelancaran rasmi skuter premium terbaharu, MODENAS ELIT 150S. Ini sekali gus menandakan kemunculan era baharu dalam barisan skuter 150cc tempatan.

Menampilkan rekaan moden, teknologi canggih, keselesaan harian dan harga yang berpatutan: RM7,877, ELIT 150S dibangunkan khas untuk penunggang urban yang mahukan lebih daripada sekadar pengangkutan biasa.

Rekaan Premium & Ciri Moden

Skuter ini hadir dengan rekaan agresif dan kemasan premium, menampilkan lampu hadapan LED berkembar bersama lampu nyalaan siang (DRL) untuk tahap pencahayaan lebih baik.

Antara ciri utama lain termasuk:

Sistem Smart Key tanpa kunci (keyless) untuk kemudahan dan keselamatan tambahan
Paparan meter LCD yang jelas dan moden
Ruang simpanan bawah tempat duduk 23 liter yang luas

Brek cakera depan dan belakang, penyerap hentak berkembar serta lampu amaran kecemasan (hazard light) untuk keselamatan optimum

Enjin Berkuasa, Jimat Bahan Api

Dikuasakan enjin 150cc penyejukan cecair yang mematuhi piawaian Euro 4, ELIT 150S menawarkan prestasi bertenaga:

  • Kuasa 10.5kW @ 8,250rpm
  • Tork 13.5Nm @ 6,750rpm

Kapasiti tangki 12 liter membolehkan jarak tunggangan sehingga 480km dengan satu isian penuh, sesuai untuk penunggang harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Kedudukan tunggangan juga direka secara ergonomik untuk keselesaan penunggang dan pembonceng, menjadikannya pilihan praktikal untuk kegunaan bandar.

Warna Menarik & Simbol Gaya Hidup

ELIT 150S ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik:

  • Riviera Blue
  • Quantum Grey

Ia bukan sekadar kenderaan, tetapi pernyataan gaya hidup yang menggabungkan prestasi, gaya dan fungsi harian dalam satu pakej lengkap.

Fokus Pengembangan Pasaran

Pelancaran ELIT 150S menjadi sebahagian strategi MODENAS untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen skuter premium dan meluaskan jejak ke pasaran pertumbuhan tinggi seperti Timur Tengah, China dan Filipina.

MODENAS turut terus melabur dalam penyelidikan & pembangunan (R&D), teknologi lestari serta pembangunan bakat tempatan melalui inisiatif TVET.

Modenas ELIT150S 1
Modenas ELIT150S 2
Modenas ELIT150S 3
Modenas ELIT150S 4
Modenas ELIT150S 5
Modenas ELIT150S 6
Modenas ELIT150S 7
Modenas ELIT150S 8
Modenas ELIT150S 9
Modenas ELIT150S 10
Modenas ELIT150S 11
Modenas ELIT150S 12
Modenas ELIT150S 13
Modenas ELIT150S 14
Modenas ELIT150S 15
Modenas ELIT150S 16
Modenas ELIT150S 17
Modenas ELIT150S 18
Modenas ELIT150S 19
Modenas ELIT150S 20
Modenas ELIT150S 21
Modenas ELIT150S 22

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: MODENAS Elit 150S, Skuter moden

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev