• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Pulsar Power Meriah – Hafiz Jadi Pengunjung Bertuah & Menang Pulsar NS200

Modenas Pulsar Power Meriah - Hafiz Jadi Pengunjung Bertuah & Menang Pulsar NS200

December 27, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Modenas Pulsar Power BUAT pertama kalinya, Modenas menganjurkan 'Pulsar Power' dengan memberi peluang kepada orang ramai merasai kehebatan dua model rebadged terbaharunya, Pulsar NS200 dan RS200, baru-baru ini.

Acara julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan hangat apabila menerima lebih daripada 1,000 penyertaan yang terdiri daripada pemilik Pulsar dan orang ramai.

'Pulsar Power' yang berlangsung di Litar Elite Speedway itu memberi peluang kepada orang ramai menunggang uji model Pulsar yang terdiri daripada tiga kategori iaitu;

  • Power Time Attack - Peserta diberi satu out-lap, satu flying lap, satu in-lap dan catatan masa mengikut transponder disediakan. Slot terhad kepada 250 peserta pertama.
  • Power Test Ride - Peserta diberikan sekali percubaan, 2 lap 10 minit untuk menguji kuasa, pengendalian dan prestasi brek. Slot terhad kepada 500 peserta pertama.
  • Power Corner - Aktiviti figure 8 dengan objektif sagat lutut atau 'drag knee' semasa cornering. Slot terhad kepada 500 peserta pertama.

BACA >>> Sertai Program Gempak Santai Modenas, Anda Bakal Dapat Hadiah Eksklusif Bernilai RM100!

Modenas Pulsar Power
Modenas Pulsar Power
Modenas Pulsar Power
Modenas Pulsar Power
Modenas Pulsar Power
Modenas Pulsar Power

PULSAR NS200 HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH

Bukan itu saja, orang ramai juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah di mana Modenas Pulsar NS200 menjadi tarikan utama selain pelbagai aktiviti menarik turut disediakan.

Pengunjung paling bertuah, Muhammad Hafiz Zabidi menjadi pemenang hadiah utama dan berjaya membawa pulang Modenas Pulsar NS200.

Modenas Pulsar PowerMenurut Modenas, acara 'Pulsar Power' diadakan adalah menghargai kesetiaan pelanggan yang banyak memberi sokongan selama ini selain memberikan nilai tambah kepada pemilik Pulsar.

Tambah Modenas, kedua-dua model Pulsar ini juga menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, kami turut dimaklumkan model rebadged keempat Modenas, Dominar 400 bakal diperkenalkan pada suku pertama 2018 (Jan - Mac). Bagaimanapun, Modenas tidak mendedahkan sebarang tanda harga dan kami anggarkan Dominar 400 akan dijual sekitar RM18,000.

Buat anda yang ternanti-nanti kehadiran model baharu dari Modenas, nantikan Dominar 400 tidak lama lagi.

BACA >>> Modenas Dominar 400 Dikesan Lagi - Bakal Dilancarkan Awal 2018, Kelajuan Max 188kmj?

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: acara pulsar power, dominar 400, Modenas, pulsar ns200, pulsar power 2017, pulsar rs200, speedway elite, time attack pulsar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my