Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
Roda2

Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kawasaki Z900 2025

DALAM satu acara berganda penuh bersejarah, pengeluar motosikal nasional Modenas, yang juga subsidiari DRB-Hicom memperkenalkan Kawasaki Z900 2025 sempena perasmian Kawasaki Technical Centre (KTC) di Glenmarie, Shah Alam, Selangot.

Streetfighter itu mewarisi falsafah ikonik Sugomi daripada Kawasaki meneruai gaya agresif, prestasi mengujakan dan pengendalian lincah yang memberikan pengalaman tunggangan penuh keyakinan dan keterujaan.

Roslan – Bab Baharu Kawasaki di Malaysia

Kawasaki Z900 2025

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata;

Pelancaran Kawasaki Z900 menandakan bab baharu buat Kawasaki di Malaysia. Ia melambangkan kebebasan, identiti dan prestasi, mencerminkan komitmen Modenas dalam menyampaikan motosikal taraf dunia kepada rakyat Malaysia.”

Prestasi, Teknologi

Kawasaki Z900 2025 dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 948cc penyejukan cecair, dengan spesifikasi berikut:

Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
  • Kuasa 123hp @ 9,500rpm, dan tork 97.4Nm @ 7,700rpm
  • Frem trellis ringan dengan sistem suspensi fork terbalik (USD) 41mm di depan, dan monoshock (belakang)
  • DIlengkapi ciri Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), dan mod tunggang boleh laras
  • Panel meter TFT warna penuh dengan konektiviti aplikasi Rideology

Warna, Varian

Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025

Kawasaki Z900 2025 hadir dalam dua kombinasi warna baharu yang menonjolkan DNA Sugomi:

  • Metallic Moondust Grey / Metallic Spark Black / Candy Lime Green dengan frem Golden Blazed Green
  • Metallic Spark Black / Metallic Carbon Grey / Flat Super Black

Bagi penunggang yang mahukan pakej lebih premium, varian Kawasaki Z900 SE menawarkan spesifikasi lebih tinggi seperti:

 

Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 41mm boleh laras penuh, dan monoshock Öhlins S46 gas-charged (belakang)
  • Sistem brek cakera Brembo 300mm dengan kaliper Brembo M4.32 radial-mount di depan.
  • Warna eksklusif: Metallic Matte Graphite Gray / Ebony / Metallic Graphite Gray dengan frem Golden Blazed Green

Kawasaki Z900 bukan sekadar motosikal, tetapi simbol semangat, identiti dan keseronokan menunggang. Kami yakin penunggang Malaysia akan terus meraikan gaya hidup Kawasaki,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Jin Inoue.

Sementara itu, Go Nomura dari Kawasaki Motors Jepun menambah, pelancaran Z900 bersama KTC membuktikan komitmen Kawasaki dan Modenas dalam membawa inovasi dan kualiti global terus ke Malaysia.

Harga, Ketersediaan

  • Z900 2025 – RM47,800 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran)
  • Z900 SE 2025 – RM60,100

Kedua-dua model kini boleh didapati di semua Kawasaki All-Star dan Kawasaki Exclusive Dealerships seluruh negara.
Dengan rekabentuk berani, kuasa mantap dan teknologi moden, Kawasaki Z900 2025 kekal sebagai ikon sejati dalam dunia naked sport, yang kini dilahirkan semula di Malaysia bawah bimbingan Modenas.

Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Z900 2025
Kawasaki Motors Kawasaki Z900 2025 Modenas naked bike roda2 streetfighter
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.