• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Z500, Z500 SE 2025 Kini di Malaysia, Harga Mula RM27.1k!

Modenas Z500, Z500 SE 2025 Kini di Malaysia, Harga Mula RM27.1k!

May 7, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MODENAS secara rasmi bakal melancarkan dua model middleweight Z500 dan Z500 SE ke pasaran Malaysia.

Kedua-dua model itu dilihat sebagai pengganti atau alternatif kepada naked bike 500cc, dan tempahan sudah mula dibuka menerusi pengedar Modenas terpilih seluruh negara.

Harga Rasmi Modenas Z500, dan Z500 SE Malaysia 2025

Poster Modenas Z500 dan Z500 SE 2025

Menurut perkongsian segelintir pengedar, model 500 itu masing-masing ditawarkan pada harga jualan RM27,100 dan RM29,100 seunit.

Pilihan Warna Modenas Z500, dan Z500 SE Malaysia 2025

Modenas Z500 didatangkan dalam warna Metallic Spark Black/Metallic Matte Graphenesteel Gray (hitam), manakala Modenas Z500 SE dalam warna Metallic Spark Black/Metallic Moondust Gray/Frame Golden Blazed Green (kelabu hijau).

Spesifikasi Penuh Modenas Z500, dan Z500 SE Malaysia 2025

Modenas Z500 SE 2025
Modenas Z500 SE 2025
Modenas Z500 2025
Modenas Z500 SE 2025
  • Enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 451cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 44.8hp @ 9,000rpm, dan tork 42.6Nm @ 6,000rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah dengan sistem pacuan rantai.
  • Sistem suspensi fork teleskopik di depan dan monoshock boleh laras (belakang).
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 di depan dan 150/60 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 286mm dengan kaliper 2-piston (depan), dan brek cakera 193mm dengan kaliper piston tunggal (belakang), serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Dimensi panjang 1,995mm, lebar 800mm, dan tinggi 1,100mm, manakala jarak roda 1,375mm dan jarak lega bumi 145mm.
  • Tinggi pelana 785mm.
  • Berat 168kg.
  • Kapasiti tangki minyak 14 liter.

Tempahan untuk Modenas Z500 2025 dan Z500 SE 2025 kini dibuka. Lawati pengedar sah Modenas berhampiran atau layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut.

Modenas Z500 SE 2025
Modenas Z500 SE 2025
Modenas Z500 SE 2025
Modenas Z500 2025
Modenas Z500 SE 2025
Modenas Z500 2025
Modenas Z500 2025
Modenas Z500 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, Kawasaki, Modenas, Modenas Z500 2025, Modenas Z500 SE 2025, Naked Bike Middleweight, Naked Nike, roda2, Z500

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev