Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari SC40 – Model One-Off Sempena Tribut Legenda Klasik F40
Roda4

Ferrari SC40 – Model One-Off Sempena Tribut Legenda Klasik F40

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40

FERRARI sekali lagi mengimbas nostalgia era gemilang dengan memperkenalkan Ferrari SC40, iaitu model one-off yang dicipta khas sebagai tribut kepada supercar legenda F40.

Dihasilkan bawah program khas Ferrari Special Projects, model itu bermula sebagai 296 GTB dengan melalui transformasi besar-besaran dari segi rekabentuk dan bahan binaan.

Rekabentuk Baharu, Ilham Klasik F40

Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40
Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40

Berbeza F40 asal yang direka Pininfarina, Ferrari SC40 adalah hasil kerja dalaman pusat gaya Ferrari Styling Centre yang diketuai Flavio Manzoni. Walaupun tidak bertujuan menjadi pengganti langsung F40, tetapi model berkenaan menampilkan beberapa elemen rekabentuk sebagai penghormatan kepada ikon 1980-an tersebut.

Antaranya ialah tulisan ‘SC40’ pada sisi sayap belakang yang mengingatkan kepada logo F40, dan rekabentuk saluran udara sisi yang diilhamkan daripada salur (ducts) NACA ducts. Bentuk badan SC40 lebih tajam dan bersegi yang meninggalkan lengkungan lembut 296 GTB bagi meniru bahasa rekabentuk agresif era Enzo Ferrari.

Masih 296 GTB di Bawah Kulit

Ferrari SC40

Walaupun tampil berbeza, Ferrari SC40 kekal berasaskan Ferrari 296 GTB dengan trenkuasa V6 3.0L turbo hibrid plug-in (PHEV) berkuasa kuasa 819hp (830ps) dan tork 740Nm, yang dihantar ke roda belakang melalui transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.9 saat, dengan kelajuan maksimum lebih 330kmj.

Bahagian belakang menampilkan penutup enjin Lexan berjalur yang menyerlahkan elemen visual klasik F40, manakala tulisan ‘Charge’ pada penutup bahan api aluminium menjadi perincian unik yang menandakan sistem hibrid.

Dalaman Dibalut Kevlar

Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40
Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40

Ruang kabin Ferrari SC40 mengekalkan konfigurasi asas 296 GTB, tetapi dihiasi bahan Kevlar di hampir setiap permukaan seperti stereng, papan pemuka, lantai dan kerusi. Pendekatan itu mencerminkan semangat ringan dan fungsi tulen yang pernah menjadi DNA F40.

Eksklusif, Hanya Satu di Dunia

Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40
Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40

Ferrari tidak mendedahkan harga rasmi Ferrari SC40, tetapi dikatakan menelan kos jauh lebih tinggi daripada harga asas 296 GTB yang bernilai sekitar AS$346,950 (RM1,467,080). Projek seperti itu lazimnya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dengan pemilik terlibat secara langsung dalam proses rekabentuk dan validasi.

Pameran Muzium Ferrari, Maranello

Hanya satu unit SC40 dihasilkan, yang menjadikan model itu koleksi paling eksklusif dalam sejarah moden Ferrari. Model tersebut kini boleh dilihat pengunjung di Muzium Ferrari di Maranello dalam bentuk styling buck berskala penuh.

Ferrari juga dikatakan akan menghasilkan lebih banyak model tribut seperti idea pernah dicetuskan Lewis Hamilton, yang mahu mencipta model ‘F44’ dengan transmisi manual dan rekabentuk diilhamkan F40.

SUMBER: Motor1.com

Ferrari Ferrari 296 GTB Ferrari SC40 Ferrari Special Projects Ferrari Styling Centre Roda4 Supercar
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.