Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MODA Aero-E – Skuter Bajet untuk Penunggang Urban, Harga RM5,189
Roda2

MODA Aero-E – Skuter Bajet untuk Penunggang Urban, Harga RM5,189

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MODA Aero-E

PENGEDAR motosikal tempatan, MDUA Motor Sdn Bhd rasmi memperkenalkan model skuter baharu MODA Aero-E yang dilancarkan di Petaling Jaya. Skuter itu menyasarkan golongan muda yang mahukan tunggangan praktikal, bergaya dan sesuai dengan mobiliti bandar masa kini.

Membawakan bahasa rekabentuk lebih tajam dan aerodinamik, skuter itu ditawarkan dalam dua warna: Cobalt Blue (biru) dan Carmine Red (merah) pada harga RM5,189.

Enjin 118.8cc, Tunggangan Lebih Ringan

MODA Aero-E
MODA Aero-E

Di sebalik rekabentuk kompak,  MODA Aero-E dipacu enjin 4-lejang SOHC 118.8cc penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) yang dioptimum untuk kegunaan bandar dengan menawarkan tunggangan lancar dan responsif dalam situasi trafik harian.

Dengan berat hanya 110kg, Aero-E memberikan keseimbangan baik antara kestabilan dan ketangksan, sekali gus memudahkan kawalan ketika melalui trafik atau bergerak di ruang sempit. Kapasiti tangki petrol 5.5 liter pula memberikan jarak perjalanan praktikal untuk kegunaan seharian.

Ruang simpanan bawah pelana 6.5 liter melengkapkan praktikaliti harian seperti menyimpan barangan kecil, sarung tangan atau item peribadi.

Lampu LED Penuh dengan Ciri Moden

MODA Aero-E
MODA Aero-E

MODA Aero-E tampil lebih premium dengan sistem lampu LED penuh. Bahagian depan dilengkapi lampu projektor LED kembar untuk suluhan lebih terang dan jelas pada malam, manakala lampu belakang LED rentang penuh menyerlahkan identiti moden skuter tersebut.

Panel meter digital LCD pula memaparkan maklumat penting tunggangan dengan lebih jelas, selaras trend motosikal masa kini. Turut disertakan dua kemudahan penting untuk pengguna moden, iaitu port USB Type-A dan USB Type-C bagi memastikan peranti peribadi sentiasa boleh dicas sepanjang perjalanan.

Tayar 14 Inci untuk Kawalan Lebih Stabil

MODA Aero-E
MODA Aero-E

MODA Aero-E menggunakan tayar 90/90-14 di depan dan 100/90-14 (belakang), kedua-dua tayar jenis tiubles serta dipadankan rim 14 inci. Kombinasi tersebut memberikan kawalan lebih yakin dan prestasi stabil atas pelbagai permukaan jalan.

Sistem brek pula menggunakan brek cakera di depan dan dram di belakang, manakala aspek pengendalian diserahkan kepada suspensi fork teleskopik di depan dan monoshock (belakang).

Harga Rasmi Malaysia

MODA Aero-E kini boleh didapati di semua pengedar sah MODA seluruh negara pada harga RM5,189, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui saluran media sosial rasmi MODA atau laman web modamotorcycles.com.

Spesifikasi MODA Aero-E

  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 118cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI)
  • Output kuasa 9.1hp @ 7,500rpm dan tork 9.5Nm @ 6,000rpm
  • Transmisi automatik CVT dengan pacuan V-Belt
  • Kapasiti tangki petrol 5.5 liter
  • Sistem suspensi fork teleskopik (depan), dan monoshock (belakang)
  • Sistem brek cakera (depan), dan brek dram (belakang)
  • Tayar tiubles 90/90-14 (depan), dan 100/90-14 (belakang)
  • Jarak roda 1,316mm
  • Tinggi pelana 780mm
  • Berat 110kg
  • Sistem pencucuh elektronik (transistorized)
  • Sistem penghidup elektrik
  • Emisi Euro4

MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MODA Aero-E
MDua Motor Sdn Bhd Moda Aero-E Moda motorcycles roda2 Skuter Bajet Skuter ringan skuter urban
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang

21/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

20/01/2026
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

19/01/2026
Interkom ASMAX untuk penunggang
Aksesori

NKS Distributors Lancar Dua Peranti Interkom ASMAX, Empat Model Evangelion Edisi Terhad

19/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.