PENGEDAR rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) meraikan ulang tahun ke-20 kehadirannya di negara ini menerusi pelancaran model Mitsubishi Triton Athlete versi dipertingkat dalam gaya diperbaharui lebih segar.
Tambahan Eksklusif
Berikut tambahan eksklusif Mitsubishi Trition Athlete:
- Kemasan Bampar Depan: Rekabentuk bampar baharu lebih garang dan premium.
- Palang Baru (Styling Bar): Menambahkan elemen maskulin dan tahan lasak pada belakang trak.
- Bantuan pintu but (Tailgate Assist): Memudahkan pintu but dibuka dan ditutup lebih lancar.
- Dekal Hiasan (Decorative Decal): Menambah gaya unik Triton Athlete.
120,000 Unit Terjual
Model edisi khas ini ditawarkan pada harga RM159,980 (harga atas jalan tanpa insuran, Semenanjung Malaysia). Dengan ciri premium yang kebiasaannya ditemui pada kenderaan utilisi sukan (SUV) mewah, Mitsubishi Triton Athlete kekal sebagai pilihan nilai terbaik dalam kelas yang menggabungkan kecekapan, ketahanan, dan gaya dalam satu pakej hebat.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata;
Kami berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia sepanjang 20 tahun ini.
"Lebih 120,000 unit Triton sudah diserahkan sejak mula diperkenalkan di pasaran. Triton kini sinonim dengan kekuatan, reliabiliti, dan prestasi lasak di jalan raya atau laluan off-road.
"Triton Athlete yang dipertingkat ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap keperluan pelanggan yang semakin berkembang."
Tawaran Eksklusif Ulang Tahun ke-20
- 5 tahun Servis Percuma atau ganjaran tunai hingga RM8,000.
- Waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had.
- Kadar faedah rendah bermula 0.6 peratus melalui pembiayaan Maybank atau Public Bank.
Promosi ini direka khas untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan yang memilih varian utama Mitsubishi Trition Athlete dalam tempoh sambutan ulang tahun ini.
Peraduan Scratch & Win, Menangi Hadiah Menarik
Bermula 16 Jun 2025, pelanggan yang menempah mana-mana model Triton atau Xpander di pengedar sah MMM akan menerika kad Scratch & Win ketika pendaftaran dan pengambilan kenderaan.
Berikut hadiah menarik ditawarkan:
- iPhone 16
- iPad
- iPods
- Jam tangan Seiko
- Produk premium THULE
Jangan lepaskan peluang memiliki Mitsubishi Trition Athlete atau Mitsubishi Xpander sepanjang kempen ulang tahun ke-20 ini dan nikmati penjimatan hebat, ganjaran eksklusif, serta peluang memenangi hadiah menarik.
Maklumat lanjut. boleh lawati web rasmi MMM atau kunjungi pengedar sah berhampiran.
Leave a Reply