• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tengku Zafrul: MAG Beli Pesawat Boeing Tidak Guna Duit Rakyat

Tengku Zafrul: MAG Beli Pesawat Boeing Tidak Guna Duit Rakyat

August 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

MAG beli pesawat Boeing guna duit syarikat

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan keputusan pembelian pesawat Boeing dibuat Malaysia Aviation Group (MAG) bukan pembaziran kerana sudah dirancang tanpa melibatkan dan awam.

Beliau menjelaskan, pembelian itu dirancang lebih awal dan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac 2025, sebelum sebarang tarif import baharu diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Jadi, apa kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Ia bukan pembelian tergesa-gesa atau bersifat politik."

Strategi Dagangan Malaysia AS: Bukan Beli Saja-Saja

Menurutnya, tindakan menyenaraikan pembelian besar seperti pesawat Boeing dalam rundingan dagangan adalah strategi pintar untuk menunjukkan komitmen Malaysia sebagai pembeli signifikan produk AS.

Kita bukan beli semata-mata untuk kurangkan tarif. Tapi bila Malaysia tunjukkan kita juga beli banyak produk AS, mereka lebih terbuka untuk turunkan tarif ke atas produk eksport kita," katanya.

Hasilnya, tarif eksport barangan Malaysia ke AS berjaya dikurangkan daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Bukan Guna Duit Rakyat, Tetapi Dibiayai Dana MAG Sendiri

MAG beli pesawat Boeing guna duit syarikat

Tengku Zafrul menambah, tiada sebarang dana awam atau wang cukai rakyat digunakan dalam transaksi pembelian pesawat Boeing.

Ini keputusan syarikat. Dibiayai syarikat. Bukan dari poket rakyat," katanya.

Fakta Ringkas Pembelian Pesawat Boeing

  • Syarikat: Malaysia Aviation Group (MAG)
  • Jenis Pesawat: Boeing 737
  • Jumlah Tempahan: 30 unit
  • Tarikh Pengumuman: Mac 2025
  • Tarikh Penghantaran: Menjelang 2030
  • Pembiayaan: Dana syarikat MAG
  • Tujuan: Peluasan kapasiti operasi dan strategi dagangan Malaysia-AS

Bukan Sekadar Pelaburan, Tapi Pelan Strategi Bijak

Langkah pembelian pesawat Boeing itu bukan sekadar pelaburan dalam industri penerbangan, tetapi sebahagian strategi diplomatik dagangan dua hala antara Malaysia dan AS.

Malah, menunjukkan kebijaksanaan Malaysia dalam mengurus rundingan antarabangsa, selain memastikan keputusan korporat selaras kepentingan nasional. Paling penting, tiada wang rakyat terlibat.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beli Pesawat Boeing, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Malaysia Aviation Group (MAG), Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pesawat Boeing 737

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
    Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
  • BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
    BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • #Perbandingan: Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH, Mana Lebih Berbaloi?
    #Perbandingan: Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH, Mana Lebih Berbaloi?

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev