Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MIROS: Risiko Kemalangan Naik 14 Peratus ketika Musim Hujan
Auto Terkini

MIROS: Risiko Kemalangan Naik 14 Peratus ketika Musim Hujan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POTENSI dan risiko kemalangan 14 peratus lebih tinggi ketika musim hujan, menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) itu turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan apabila memandu ketika cuaca buruk.

MIROS menjelaskan, peningkatan peratusan risiko itu disebabkan beberapa faktor seperti permukaan jalan licin, penglihatan terhad dan air bertakung atas pemukaan jalan raya yang boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

Kenyataan MIROS menyatakan;

Memandu dalam keadaan hujan memerlukan tumpuan lebih tinggi. Risiko kemalangan ketika hujan berkait rapat dengan kemampuan pemandu dan kawalan kenderaan untuk bertindak balas dengan cepat.

“Apabila hujan lebat, masa tindak balas pemandu menjadi lebih perlahan berbanding keadaan kering. Hujan menyebabkan penurunan keupayaan pemandu dalam menilai jarak penglihatan, yang seterusnya meningkatkan jarak membrek dan jarak berhenti (stopping sight distance).

“Keadaan ini menjadikan pemanduan lebih mencabar dan berbahaya, terutama di kawasan yang mempunyai banyak selekoh atau kurang pencahayaan.”

LAGI ANCAMAN RISIKO KETIKA HUJAN

  • Hujan menjejaskan penglihatan sisi melalui cermin sisi kenderaan, meningkatkan risiko kemalangan, terutama ketika cuba memotong kenderaan lain.
  • Cahaya lampu kenderaan lain juga kurang kelihatan disebabkan permukaan cermin basah.
  • Pantulan cahaya pada jalan licin boleh mengelirukan pemandu mengenai jarak sebenar kenderaan sekeliling.

APA KATA KP MIROS

Ketua Pengarah MIROS, Prof Madya Ts Dr Siti Zaharah Ishak berkata;

Penting bagi semua pengguna jalan raya untuk memahami bahawa memandu dalam keadaan hujan memerlukan perhatian lebih tinggi dan sikap berhati-hati lebih ketat.

“MIROS menyeru kepada semua pemandu untuk mengurangkan kelajuan, memastikan jarak selamat antara kenderaan, dan sentiasa menggunakan lampu kenderaan dengan betul ketika hujan.

“Bagi penunggang motosikal, disarankan supaya berhenti berteduh di kawasan khas sepanjang laluan dan tidak berhenti di tempat berisiko kemalangan.

“Contohnya, di lebuh raya, gunakan tempat berteduh khas untuk motosikal, pastikan motosikal dibawa masuk sepenuhnya ke dalam kawasan tersebut dan jangan ditinggalkan di bahu jalan.

“Langkah-langkah ini, walaupun kelihatan mudah, boleh menjadi penentu keselamatan nyawa di jalan raya.”

autoterkini Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Isu Keselamatan Jalan Raya Kementerian Pengangkutan (MOT) Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Ishak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.