Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Minta Turun Cukai Jalan Kenderaan Diesel, Ini Jawapan Menteri…
Auto Terkini

Minta Turun Cukai Jalan Kenderaan Diesel, Ini Jawapan Menteri…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUA keputusan yang diumumkan dan dilaksanakan Kerajaan bulan ini menjadi topik perbincangan hangat banyak pihak, terutama pemilik kenderaan berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Pertama, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan kadar cukai jalan kenderaan elektrik (EV) yang berkuat kuasa 1 Januari 2026 yang jauh lebih murah berbanding kenderaan ICE.

Kedua, Kerajaan mengumumkan pelaksanaan pemberian subsidi bersasar untuk diesel bagi menyelamatkan negara dan mencegah ketirisan.

Dua pengumuman itu tidak ‘memberat’ ke arah pengguna massa hingga timbul permintaan, bolehkah Kerajaan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan diesel selepas pelaksanaan pemberian subsidi bersasar?

Ini jawapan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook;

Sebab kita sudah ada mekanisme pemberian bantuan wang tunai RM200 (sebulan) kepada mereka yang tidak mendapat subsidi. Bantuan tunai terus kepada penerima-penerima (BUDI). Jadi, itu mekanisme yang digunakan sekarang.”

“Dari segi roadtax (cukai jalan kenderaan diesel), kita akan lihat apakah cara paling baik. Tetapi mekanisme yang sudahpun diputuskan sekarang ini ialah bantuan tunai sebanyak RM200 (sebulan) kepada mereka yang tidak dapat fleet card atau subsidi diesel.”

Maknanya Kerajaan Sedia Pertimbang Semula?

Loke memberi penjelasan;

Yang pertama… keputusan pun kita sudah buat (iaitu) mekanismenya. Sebelum ini kita juga ada cadangan menurunkan kadar cukai roadtax diesel, TETAPI MOF (Kementerian Kewangan) sudahpun memberikan kelulusan untuk bantuan wang tunai.

“Bantuan wang tunai itu lebih banyak, RM200 sebulan. Orang ingat RM200 sebulan (je) tapi sebenarnya RM2,400 setahun. Bukan bagi sebulan saja, tiap-tiap bulan bagi.

“Roadtax baru berapa? Kalau kita turunkan roadtax tetapi tidak beri bantuan tunai, (ia) lebih merugikan pemandu. Jadi, itu yang sudah kita bincangkan dan diputuskan BUAT SEMENTARA WAKTU ini, cara paling baik adalah kita bagi cash assistance (bantuan tunai).”

Jadi, Tak Ada Keperluan Kaji Balik?

Loke segera menjawab;

Bukan tak ada keperluan. Apa saja ada keperluan untuk kaji. Kita kaji sepanjang masa, apapun kita kaji. Kita kaji sebab keadaan berubah dari semasa ke semasa.

“Jadi, memang macam roadtax untuk EV kita sudah turunkan untuk menggalakkan penggunaan EV.

“Tetapi yang pertamanya… ia juga perlu selari dasar kita. Dasar kita ke arah peralihan tenaga. Peralihan tenaga itu adalah menggalakkan EV. Tidak menggalakkan (kenderaan) diesel kerana emisi.

Kalau kita turunkan kadar cukai (roadtax) diesel pulak, (ia) mungkin signal yang salah.

“Ia tak selari dasar. Jadi, itu yang kita kena lihat dari pelbagai sudut. Jadi… apapun untuk pemilik-pemilik kenderaan diesel, mekanisme sedia ada yang mereka perlu ketahui adalah ada bantuan tunai RM2,400 setahun.”

Beliau menjawab persoalan itu pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia ke-4 di Putrajaya, hari ini.

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini cukai jalan Kementerian Pengangkutan (MOT) Road Tax
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.