Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI Countryman S ALL4 2025 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM259k
Roda4

MINI Countryman S ALL4 2025 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM259k

SyafieBy Syafie17/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Malasysia melancarkan model kompak premium, MINI Countryman S ALL4 2025 versi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran tempatan pada harga RM259,000 termasuk SST, dan RM270,000 untuk pakej waranti dan servis lanjutan.

Model ini didatangkan dalam enam warna pilihan seperti Smokey Green (hijau), Slate Blue (biru cair), Chili Red (merah), Melting Silver (perak), Nanuq White (putih), dan Blazing Blue (biru). Bahagian dalaman pula hanya tersedia warna Dark Petrol.

Tampil dengan rekabentuk crossover lasak, model ini menawarkan ruang lebih luas, keselesaan dipertingkat, dan keselamatan lebih tinggi.

Dengan dimensi lebih besar berbanding model terdahulu, MINI Countryman S ALL4 2025 masih mengekalkan identiti ikonik MINI, seperti profil vertikal dan tayar besar yang menonjolkan rekabentuk dinamik. Model ini juga dilengkapi sistem pacuan semua roda ALL4 generasi baharu, dan dijana enjin 2.0L Turbo yang menghasilkan output kuasa 204hp dan tork 300Nm.

Model ini juga menawarkan pemanduan menyeronokkan dengan sistem infotainmen digital MINI, dan bantuan pemanduan canggih untuk keselamatan optimum.

Enjin dan Prestasi

  • Enjin 2.0L Turbo
  • Output kuasa 204hp, dan tork 300Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.4 saat
  • Kelajuan maksimum 228kmj
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) ALL4
  • Sistem damper dan stabiliser untuk sensasi go-kart MINI

Rekabentuk dan Dimensi

  • Dimensi lebih besar, lebih tinggi, dan lebar berbanding model terdahulu
  • Gril depan oktagon dengan lampu LED
  • Rim 20 inci Windmill dwi-tona
  • Bumbung lebih besar dan lebih panjang
  • Lampu LED belakang rata dengan tiga lampu utama

Sistem Infotainmen dan Teknologi

  • Menggunakan sistem operasi (OS) MINI Operating System 9
  • Paparan OLED bulan 240mm dengan kawalan sentuh dan suara
  • Mod baharu MINI Experience
  • MINI Connected untuk akses aplikasi pihak ketiga, penghidup enjin kawalan jauh, dan MyTrips)
  • Pembantu suara MINI Intelligent Personal Assistant

Sistem Keselesaan dan Kerusi

  • Kerusi sport John Cooper Works
  • Kerusi depan elektrik dengan fungsi memori dan urutan
  • Kerusi belakang boleh dilaras 6-tetapan dengan sudut miring 12º
  • Kerusi panel tengah lebih luas
  • Kapasiti but 505 liter hingga 1,530 liter (kerusi belakang dilipat)

Keselamatan dan Sistem Bantuan Pemandu

  • Bantuan Pemanduan (Amaran Tukar Lorong (LDW), sensor sepan dan belakang)
  • Bantuan Parkir Plus (parkir, Kawalan Jarak Aktif (ADC), paparan 3D, perakam perjalanan)
  • Bantuan Pemanduan Plus (Kawalan Pengendalian Aktif (AHC), Bantuan Kawalan Stereng(SCA))

Waranti dan Servis

  • Waranti dua tahun dengan pilihan lanjutan waranti dan servis
  • Bantuan Jalanan MINI hingga lima tahun
  • Program servis dalam talian dan pembiayaan Easy Drive
Auto Terkini crossover kompak kompak premium MINI Countryman S ALL4 Mini Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.