• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mini Countryman Park Lane Edisi Terhad - RM253,888

Mini Countryman Park Lane Edisi Terhad - RM253,888

January 23, 2016 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

MINI Countryman Park Lane_Limited_edition_pandulajudotcom (1)

MINI Malaysia memperkenalkan Countryman Park Lane edisi terhad yang dijual pada harga RM253,888.

Diambil dari nama Park Lane di London, Mini Countryman Park Lane edisi terhad ini hanya ditawarkan dalam 88 unit sahaja.

HARGA MINI COUNTRYMAN PARK LANE:

  • MINI Countryman Park Lane - RM 253,888.

MINI Countryman Park Lane_Limited_edition_pandulajudotcom (9)

LUARAN:

Melihat keseluruhan rekabentuk tidak banyak berubah, cuma ia dilengkapi dengan lencana Park Lane

MINI Countryman Park Lane dipasang dengan bodykit MINI ALL4 bersama kemasan warna kelabu (Earl Grey). Manakala bahagian bumbung dan cermin sisi menggunakan varian warna merah (Oak Red) serba baharu, seterusnya memberi penampilan yang bergaya kepada MINI baharu ini.

MINI Countryman Park Lane_Limited_edition_pandulajudotcom (8)

Penampilan luarannya yang klasik dan atletik diserlahkan lagi dengan rim aloi bersaiz 18 inci bersama rekaan Turbo Fan berwana kelabu gelap. Pakej visual luaran dipertingkatkan dengan elemen badan berwarna perak pada sil sisi serta apron hadapan dan belakang.

MINI Countryman Park Lane_Limited_edition_pandulajudotcom (3)

DALAMAN:

MINI Countryman Park Lane baharu juga menawarkan kemasan bahagian dalaman yang mewah. Ruang kabin menggunakan warna kelabu (Cross Stripe grey). Manakala kemasan pintu dan kokpit mengaplikasikan warna kelabu (Oxide Grey).

MINI Countryman Park Lane_Limited_edition_pandulajudotcom (7)    MINI Countryman Park Lane_Limited_edition_pandulajudotcom (6)

PRESTASI:

Aspek prestasi pula, ia masih kekal sama iaitu dijana unit enjin 4-silinder MINI TwinPower Turbo bersesaran 1.6L.

Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 190hp dan tork 240Nm bersama keupayaan fungsi overboost mencecah 260Nm. Pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 7.8 saat dengan kelajuan maksimum 212kmj.

MINI Countryman Park Lane_Limited_edition_pandulajudotcom (10)

Ia juga menawarkan purata penggunaan bahan api 7.5L bagi setiap 100km dan emisi CO2 153 gram untuk setiap km.

Dari segi jaminan, ia hadir dengan waranti selama empat tahun tanpa had perbatuan.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edisi Terhad, Kompak, Mini Countryman Park Lane, Mini Malaysia, MINI TwinPower Turbo, Park Lane

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my