• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Miliki Proton X50 dengan Flux: RM1,995 Sebulan, Siap Insurans, Cukai Jalan dan Servis

Miliki Proton X50 dengan Flux: RM1,995 Sebulan, Siap Insurans, Cukai Jalan dan Servis

December 9, 2020 By AI Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAKAH anda terlepas tempahan awal dan tidak mahu tunggu sampai tiga hingga enam bulan untuk dapatkan Proton X50? Jangan bimbang kerana platform perkhidmatan langganan kereta, Flux menambah X50 sebagai pilihan model baharu yang tersedia pada harga RM1,995 sebulan. 

Varian X50 ditawarkan menerusi Flux ialah Premium dan Flagships yang boleh didapati dalam warna Snow White, Jet Grey dan Passion Red. Jika melanggan, bayaran bulanan yang dibuat adalah termasuk caj insurans, cukai jalan, dan kos penyelenggaran untuk alat ganti haus dan lusuh.

BACA >>> Lihatlah Cara Proton X50 Masuk Parkir Sendiri, Semudah Tekan Satu Butang Sahaja

Jadi pelanggan tidak perlu bimbang mengenai kos tambahan dan caj tersembunyi. Flux juga membenarkan pelanggan menukar kereta sepanjang tempoh langganan, termasuk menyediakan perkhidmatan 'penjaga', iaitu servis pintu ke pintu membabitkan urusan pentadbiran dan penyelenggaraan untuk pelanggan.

Selain itu, semua kenderaan di bawah program Flux diberikan jaminan bantuan jalanan tanpa had sepanjang 24 jam dan tujuh hari seminggu, termasuk bantuan kecemasan dan perlindungan terhadap kes kecurian.

Pada akhir tempoh langganan, jika mahu memiliki X50, pelanggan boleh membeli model itu dengan nilai jaminan RM78,000 di bawah program Subscribe to Own. X50 juga turut tersedia di bawah program langganan korporat menerusi Flux Business Class.

BACA >>> #PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!
BACA >>> Flux: Miliki Kereta Idaman Anda Tanpa Perlu Ada Komitmen

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, autoterkini, enjin proton x50, Flux, Proton X50, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • WD-40 Specialist Automotive Chain Lube - Pelincir Khas untuk Rantai Motosikal
    WD-40 Specialist Automotive Chain Lube - Pelincir Khas untuk Rantai Motosikal

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my