Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Michelin Bekalkan Tayar MotoGP Hingga 2026, Wajarkah Dikritik?
Auto Terkini

Michelin Bekalkan Tayar MotoGP Hingga 2026, Wajarkah Dikritik?

WahidBy Wahid21/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MICHELIN akan menjadi pembekal tayar eksklusif kepada kelas MotoGP hingga 2026.

Michelin mula membekalkan tayar eksklusif kepada kelas MotoGP bermula 2016 apabila Bridgestone menarik diri. Michelin turut membekalkan tayar sebelum Bridgestone mengorak langkah memasuki MotoGP pada 2008. Michelin kemudian menarik diri pada 2009, sekali gus menjadikan Bridgestone satu-satunya pembekal tayar hingga 2015.

Pembabitan Michelin pada 2016 juga serentak dengan tahun Dorna menguatkuasakan peraturan penggunaan unit kawalan enjin (ECU) standard yang dibuat bagi mengurangkan kos dalam kelas premier itu selain cuba merancakkan saingan lebih sengit.

Hasilnya, kita dapat melihat sembilan pemenang perlumbaan berbeza pada 2016. Selain itu, lebih ramai penunggang dapat menamatkan perlumbaan dengan jurang masa lebih dekat satu sama lain. Misalnya di Qatar tahun ini, 15 pelumba teratas dapat menamatkan perlumbaan dengan beza masa hanya 8.928 saat.

Tambahan lagi, penggunaan tayar Michelin dapat merapatkan beza prestasi motosikal. Hasilnya, semua pasukan MotoGP (Honda, Yamaha, Ducati, Suzuki, KTM dan Aprilia) dapat mencapai posisi podium berbanding dominasi satu atau dua pasukan sahaja.

Namun, ada juga pasukan mengkritik prestasi tayar Michelin yang tidak begitu konsisten seperti Joan Mir dan Francesco Bagnaia yang mendakwa tidak mendapat tayar yang baik. Ini menimbulkan kontroversi apabila tercetus dakwaan mengatakan Michelin membekalkan tayar lebih baik kepada pelumba Yamaha, Fabio Quartararo.

Namun, itu nyata tidak benar apabila Quartararo menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 di litar Aragon minggu lalu.

Apapun pendapat pelumba dan pasukan MotoGP, Michelin sebenarnya sedang melalui fasa pembangunan dan pembuatan dalam usaha menambah baik produk jenama itu. Senario itu juga pernah berlaku pada era 80-an apabila Michelin membekalkan tayar perlumbaan radial pertama selama 10 dekad sebelum memperkenalkan teknologi itu kepada pengguna motosikal jalanan.

WAJARKAH MICHELIN DIKRITIK?

Kepada pengkritik tayar Michelin, anda harus ingat ada juga beberapa siri kemalangan dalam kelas MotoGP ketika Bridgestone menjadi pembekal tayar.

Antaranya pada 2004, Shinya Nakano (foto atas kiri) tercampak dari jentera pada halaju hampir 320kmj di litar Mugello apabila tayar belakangnya meletup. Situasi sama juga menimpa Kenny Roberts Jr di litar Sepang pada tahun sama.

Malah, beberapa pelumba mengalami masalah tayar di litar Assen pada 2012, termasuk beberapa isu dan rungutan seperti ‘rangka’ (carcass) tayar yang terlebih keras, selain tuduhan Bridgestone menghasilkan tayar yang lebih sesuai untuk jentera Honda.

Justeru kita harus tahu pembuatan tayar bagi kelas MotoGP bukan perkara mudah kerana pengeluar tayar perlu berdepan enjin jentera yang semakin berkuasa. Bayangkan, enjin Ducati GP20/21 dikatakan menghasilkan kuasa setinggi 300hp! Ini termasuk tambahan komponen aerodinamik yang mampu melonjakkan kelajuan jentera.

Selain itu, pengeluar tayar juga perlu mengambil kira banyak faktor lain seperti cuaca, dan kondisi trek.

Auto Terkini Kejuaraan Dunia MotoGP Michelin MotoGP tayar michelin
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998

    02/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Bezzecchi Juara COTA, Aprilia Dominasi 1-2 di Austin

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.