PENGEDAR motosikal tempatan, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan Mforce Experience Club (MEC), iaitu platform digital komuniti yang dibangunkan bagi menghimpunkan pemilik dan kelab motosikal di bawah barisan jenama Mforce seluruh negara.
Inisiatif itu diwujudkan bagi mengukuhkan hubungan antara jenama dan komuniti pengguna, selain meningkatkan pengalaman pemilikan motosikal melalui pelbagai program eksklusif, aktiviti skala nasional dan jaringan komuniti lebih luas.
Kelebihan Sertai MEC
Melalui platform itu, pemilik motosikal bawah jenama Mforce berpeluang menjadi sebahagian komuniti tersusun yang diiktiraf syarikat secara rasmi. Ini membuka ruang penglibatan dalam pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan khas untuk ahli.
Antara manfaat utama ditawarkan kepada ahli MEC adalah:
1. Komuniti Rasmi
Ahli berada di bawah naungan komuniti rasmi yang disokong sepenuhnya Mforce Bike Holdings.
2. Pengalaman Eksklusif
Ahli berpeluang menerima jemputan ke acara khas, pelancaran model baharu dan program eksklusif anjuran Mforce.
3. Jaringan Nasional
Platform menghubungkan pemilik dan kelab motosikal Mforce dari seluruh Malaysia dalam komuniti yang lebih tersusun.
4. Aktiviti Skala Besar
Ahli boleh menyertai pelbagai program dan acara komuniti yang dianjurkan peringkat nasional.
Selain itu, ahli MEC turut berpeluang menikmati sesi pratonton model motosikal baharu terpilih, akses kepada promosi khas dan peluang menyertai sesi dialog komuniti bersama wakil pengurusan Mforce.
Program Utama Komuniti
Beberapa program komuniti turut dirancang di bawah platform MEC bagi merancakkan lagi aktiviti pemilik motosikal jenama Mforce.
Pameran Malaysia Bike Week
Acara tahunan skala besar yang menghimpunkan ribuan pemilik motosikal Mforce dari seluruh negara. Program itu merangkumi konvoi mega, pameran motosikal dan pelancaran model baharu.
Pengalaman Hari Trek (Track Day Experience)
Program pengalaman tunggangan di litar dalam persekitaran selamat dan terkawal bersama komuniti.
Siri Tunggang Seluruh Negara (Nationwide Ride Series)
Konvoi bersiri yang dianjurkan mengikut zon seluruh Malaysia meliputi wilayah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Bengkel Tunggang Selamat (Safety Riding Workshop)
Program latihan keselamatan tunggangan yang dikendalikan bersama jurulatih bertauliah bagi meningkatkan kemahiran penunggang.
Tunggangan Amal, Khidmat Sosial Koporat (Charity Ride, CSR)
Program konvoi amal serta aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang melibatkan komuniti setempat.
Perkukuh Komuniti Pemilik

Melalui inisiatif itu, komuniti motosikal berdaftar di bawah MEC turut menerima pengiktirafan sebagai komuniti rasmi di bawah rangkaian Mforce. Ini membuka peluang kepada kelab dan pemilik motosikal untuk menyertai pelbagai acara rasmi dianjurkan.
Permohonan keahlian boleh dibuat melalui kelab motosikal masing-masing. Setiap permohonan akan disemak dan disahkan pihak pengurusan MEC sebelum kelulusan diberikan.
Platform MEC dibangunkan dengan matlamat membentuk komuniti motosikal yang menitik berat aspek keselamatan, disiplin dan semangat kebersamaan dalam kalangan pemilik motosikal jenama Mforce.
Platform komuniti ini boleh diakses melalui laman web rasmi: https://mforceclub.my/












