Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MForce Keluar Kenyataan BENDA LFC700PRO Viral Baru-Baru Ini
Auto Terkini

MForce Keluar Kenyataan BENDA LFC700PRO Viral Baru-Baru Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd kini mengesahkan bahawa mereka merupakan pengedar rasmi motosikal jenama BENDA di Malaysia, termasuk model LFC700PRO.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan hantaran di media sosial baru-baru ini yang membangkitkan isu ketidakpuasan hati seorang pengguna terhadap kualiti motosikal LFC700PRO.

Isu Sudah Diselesaikan Ikut Prosedur

Menurut pihak MForce, kes tersebut telahpun diselesaikan secara profesional mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Antara langkah yang diambil ialah:

  • Motosikal terbabit telah dibaik pulih sepenuhnya kerana masih dalam tempoh jaminan.
  • Pemilik motosikal tersebut telah membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), dan kes berkenaan telah dibicarakan serta keputusan rasmi telah diperoleh.

Pihak MForce menegaskan bahawa isu tersebut kini telah selesai melalui saluran sah.

Komited Jaga Reputasi & Kepuasan Pelanggan

Walau bagaimanapun, MForce menyatakan kekesalan terhadap tindakan menyebarkan isu tersebut di media sosial secara tidak wajar, yang boleh menjejaskan reputasi syarikat dan jenama yang diwakili.

MForce turut menegaskan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi reputasi syarikat serta memastikan pengguna menerima maklumat tepat dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik.

Syarikat itu juga menekankan bahawa semua produk di bawah pengedaran MForce dilindungi jaminan sah, dan sebarang isu teknikal akan diselesaikan secara profesional bagi memastikan kepuasan pelanggan terus menjadi keutamaan utama mereka.

Benda LFC700PRO cruiser MForce Bike Holding Sdn Bhd
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.