• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Bike Rancang Buka Empat Premis X-Wedge, Perkenal Empat Model Baharu

MForce Bike Rancang Buka Empat Premis X-Wedge, Perkenal Empat Model Baharu

March 12, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TAHUN lalu, penulis pernah mendedahkan jenama motosikal premium X-Wedge dari China akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Penantian untuk melihat secara dekat model X-Wedge dijangka berakhir Ogos atau September 2025.

Ini kerana MForce Bike Holdings (MForce Bike) sudah memberi beberapa maklumat terkini mengenai jenama itu ketika lawatan media permotoran ke pusat pameran X-Wedge Chong Qing di China, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Bike, Asri Ahmad menjelaskan, MForce Bike akan membuka empat pusat pameran X-Wedge di empat lokasi utama negara, iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah.

Difahamkan, empat daripada lima model X-Wedge sedia ada akan diperkenalkan ke pasaran tempatan, iaitu Ranger RX2000, Rover RL2000, Vanguard VT2000 dan Walker WR1000.

Rover RL2000
Walker WR1000
Vanguard VT2000
Ranger RX2000

Model kelima, Voyager VS2000 mungkin belum sesuai diperkenalkan dalam masa terdekat ke pasaran Malaysia disebabkan beberapa aspek teknikal. Antaranya kereta sisi (side-car) yang diposisi sebelah kanan penunggang.

Voyager VS2000

Susulan ketibaan jenama X-Wedge, sudah tentu ramai pengguna Malaysia dapat mencapai impian memiliki cruiser premium pada tag harga tidak membebankan.

Walaupun X-Wedge berjenama China, ada dua perkara yang kita perlu tahu, iaitu firma yang merekabentuk model-model X-Wedge ialah Kiska, manakala enjin datang dari pihak S&S.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kiska Designs, MForce Bike Holdings (MForce Bike), roda2, X-Wedge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev