Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mforce Bike Lebar Sayap di Asia Tenggara, Buka Bilik Pameran Pertama di Vietnam
Auto Terkini

Mforce Bike Lebar Sayap di Asia Tenggara, Buka Bilik Pameran Pertama di Vietnam

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mforce buka bilik pameran di Vietnam.

PENGEDAR motosikal tempatan, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (Mforce Bike) terus memperluas kehadiran di rantau ini dengan merasmikan Mforce Vietnam, selepas kejayaan pembukaan operasi di Indonesia sebelum ini.

Pembukaan rasmi di Vietnam itu menandakan satu lagi langkah penting dalam strategi pengukuhan Mforce di pasaran Asia Tenggara.

Majlis turut disertai pelancaran tiga model baharu untuk pasaran Vietnam, iaitu Voge DS900X, QJMotor SRV600V dan QJMotor SRV400C yang membuka lembaran baharu penawaran produk segmen pertengahan dan premium di negara itu.

Penyerahan Simbolik Malaysia, Vietnam

Mforce buka bilik pameran di Vietnam.

Dalam majlis perasmian, Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Bike, Asri Ahmad menyempurnakan penyerahan sijil serah tugas daripada MForce Malaysia kepada MForce Vietnam yang diwakili Pengarah Besar, Jacky Chen.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah:

  • Datuk Seri Tan Lean Heah, Pengarah Urusan Mforce Bike Holdings
  • Jeff Lee, Penasihat Kanan Mforce
  • Arthur Teng, Pengurus Cawangan Mforce Vietnam

Dua Model Brixton Bakal Masuk Pasaran Vietnam

Mforce buka bilik pameran di Vietnam | Brixton Cromwell 1200
Mforce buka bilik pameran di Vietnam | Brixton Cromwell 1200

Selain pelancaran tiga model utama, Mforce Vietnam turut mengumumkan dua model baharu daripada Brixton iaitu Cromwell 1200 dan Storr 500 yang dijangka tiba di pasaran tempatan tidak lama lagi. Penambahan ini dijangka memperluaskan pilihan motosikal berkapasiti lebih besar dan berorientasikan gaya hidup premium untuk pengguna di Vietnam.

Integrasi Operasi Malaysia, Vietnam Lebih Kukuh

Mforce buka bilik pameran di Vietnam.

Dalam sesi pembentangan, Jacky Chen menjelaskan hubungan strategik antara Mforce Malaysia dan Mforce Vietnam yang meliputi perkongsian sumber, penyelarasan strategi pemasaran dan pembangunan rangkaian jenama.

Beliau turut menekankan fokus Mforce Vietnam terhadap pertumbuhan agresif, pembukaan lebih banyak pusat pengedar, dan peningkatan pengalaman pemilikan motosikal untuk pelanggan.

Keyakinan Tinggi Pasaran Vietnam

Mforce buka bilik pameran di Vietnam | Voge DS900X
Mforce buka bilik pameran di Vietnam | QJMotor SRV600V
Mforce buka bilik pameran di Vietnam | QJMotor SRV400C

Mforce Malaysia menyatakan keyakinan pasaran Vietnam mampu berkembang pesat di bawah kepimpinan kukuh pasukan pengurusan tempatan.

Dengan pengalaman luas dan sokongan dari Malaysia, Mforce Vietnam dilihat berada di landasan tepat untuk membina daya saing lebih mantap.

Penghargaan, Komitmen Berterusan

Mforce buka bilik pameran di Vietnam.

Mforce Bike turut menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan, syarikat kredit, rakan niaga, rakan media serta komuniti peminat motosikal yang sentiasa menyokong perjalanan syarikat selama ini.

Pembukaan Mforce Vietnam bukan sekadar perluasan rangkaian, tetapi satu lagi penanda pencapaian penting yang mengukuhkan komitmen Mforce dalam memajukan industri permotoran peringkat tempatan dan antarabangsa.

Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam | Brixton Cromwell 1200
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam.
Mforce buka bilik pameran di Vietnam | Brixton Cromwell 1200
Mforce buka bilik pameran di Vietnam | QJMotor SRV400C
Mforce buka bilik pameran di Vietnam | QJMotor SRV600V
Mforce buka bilik pameran di Vietnam | Voge DS900X
MForce Bike Holding Sdn Bhd Mforce Vietnam
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.