MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) meluaskan tawaran produk dua roda dengan perlancaran jenama baharu, ARIIC ke pasaran tempatan.
Model pertama dilancarkan ialah skuter maksi ARIIC 318GT 2025 yang ditawarkan pada harga RM22,888, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran. Berikut perinciannya:
- Tiga warna pilihan disediakan, iaitu hitam kusam (Matt Black), kelabu gelap (Dark Grey) dan kelabu kusam (Matt Grey).
- Enjin silinder tunggal 330cc SOHC penyejukan cecair 4-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI).
- Output kuasa 27.6hp @ 7,000rpm, dan tork 30.8Nm @ 5,500rpm.
- Sistem transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
- Dimensi panjang 2215mm, lebar 780mm, dan tinggi 1395mm, manakala jarak roda 1540mm,
- Jarak tinggi bumi 145mm.
- Berat kering 208kg.
- Kapasiti tangki petrol 16 liter.
- Sistem suspensi fork teleskopik (depan) dan unit absorber kembar (belakang).
- Sistem brek cakera kembar 260mm (depan) dan cakera tunggal 240mm (belakang).
- Tayar depan 14 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan rim belakang 13 inci dengan tayar 150/70 (belakang).
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Visor angin boleh laras elektrik.
- Ruang simpanan bawah pelana agak besar.
- Ada soket USB Type-C dan Type-A.
- Panel meter TFT berwarna dan ada akses paparan kamera pemuka dashcam.
- Sistem lampu LED penuh.
Leave a Reply