Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MForce Bike Lancar Brixton Cromwell 1200 (2023), Harga Mula RM55.8k!
Roda2

MForce Bike Lancar Brixton Cromwell 1200 (2023), Harga Mula RM55.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) melancarkan motosikal kuasa tinggi Brixton Cromwell 1200 (2023) ke pasaran tempatan pada harga RM55,888 untuk 100 unit pertama.

Harga tersebut kemudian akan dinaikkan kepada RM58,888, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

Brixton Cromwell 1200 (2023) ditawarkan dalam dua warna pilihan: Cargo Green (hijau pastel) dan Backstage Black (hitam). Berikut perincian roadster tersebut:

Dijana trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 1,222cc SOHC 8-injap 270º penyejukan cecair berkuasa 83hp @ 6,550rpm dan tork 108Nm @ 3,100rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan dengan ciri antilompat (antihopping). Anggaran kelajuan maksimum 198kmj.

Teknologi LED penuh untuk lampu depan, lampu siang (DRL), lampu signal belok dan lampu brek.

Bahagian roda menggunakan rim jejari 18 inci dengan tayar 100/90 di depan, dan rim jejari 17 inci dengan tayar 150/70 (belakang).

Sistem brek jenis cakera kembar 310mm dengan kaliper Nissin dwi-piston (depan), dan cakera tunggal 260mm dengan kaliper Nissin dwi-pisotn. Juga dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan ciri kawalan traksi.

Sistem suspensi dipadangkan fork teleskopik konvensional KYB 41mm dengan jarak travel 120mm di depan, dan dwi-absober boleh laras prabeban dengan travel 87mm (belakang).

Ciri dibekalkan pada roadster kuasa besar ini ialah:

  • Kawalan Jelajah dengan butang tetapan sebelah bar hendal kiri.
  • Ada dua mod tunggang: Eco dan Sport yang menawarkan kuasa dan tork sama, tetapi mod Sport berfungsi mengubah masa bukaan injap terotel lebih pantas, sekali gus mengubah respons enjin.
  • Panel meter digital TFT bentuk bulat dan ada sambungan USB.

Brixton Cromwell 1200 (2023) memiliki dimensi panjang 2,180mm, lebar 800mm dan tinggi 1,115mm, manakala tinggi pelana 800mm. Kapasiti tangki minyak 16 liter dengan kadar penggunaan bahan api 4.6 liter per 100km.

Berat pula 235kg dan mampu membawa beban maksimum 455kg.

BACA >>> Super Cruiser dari China, Brixton Thor GK 1000 (2022) dengan Ciri Premium, Harga RM33k
BACA >>> MFORCE SMART-Shop – Kedai Eksklusif dan Pusat Servis untuk 7 Jenama Motosikal

Brixton Cromwell 1200 Brixton Cromwell 1200 (2023) MForce Bike Mforce Bike Holdings Sdn Bhd motosikal 1200cc roadster roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.