Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz Malaysia Perluas Rangkaian Pengecas EV di Bamboo Hills
Auto Terkini

Mercedes-Benz Malaysia Perluas Rangkaian Pengecas EV di Bamboo Hills

SyafieBy Syafie08/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-BENZ Malaysia (MBM) terus memperkukuh ekosistem mobiliti elektriknya menerusi kerjasama strategik bersama DC Handal, penyedia infrastruktur pengecasan dan penyelesaian tenaga tempatan, dengan pelancaran hab pengecasan jenama Mercedes-Benz keenam di Bamboo Hills, Kuala Lumpur.

Langkah ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha jenama bintang tiga itu memperluas capaian pengecasan di seluruh negara, seiring komitmen menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti hijau dan mampan.

Pengecasan Lebih Mudah di Destinasi Gaya Hidup

Hab pengecasan Bamboo Hills dibangunkan bersama Hap Seng Star, salah satu rakan pengedar utama Mercedes-Benz Malaysia. Lokasi strategik di kawasan tumpuan gaya hidup ini membolehkan pemilik kenderaan elektrik (EV) menikmati kemudahan pengecasan sambil beriadah atau menjamu selera.

Mercedes-Benz Malaysia kini mempunyai enam hab pengecasan rasmi di seluruh negara, hasil kolaborasi dengan beberapa penyedia utama seperti JomCharge, ChargeEV, Gentari dan P.UP.

“Kami Mempercepatkan Cas ke Arah Mobiliti Mampan”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang, pelancaran hab Bamboo Hills ini adalah sebahagian daripada visi besar syarikat untuk mempercepatkan transformasi ke arah mobiliti elektrik.

Dengan Bamboo Hills, kami mempercepatkan cas ke arah era di mana prestasi, inovasi dan kelestarian bergerak seiring. Kolaborasi ini mencerminkan komitmen strategik kami terhadap pembangunan ekosistem EV yang kukuh dan pintar di Malaysia.”

Tambah beliau, inisiatif ini turut selaras dengan strategi global Ambition 2039, yang menjadi panduan Mercedes-Benz dalam membina masa depan mobiliti tanpa karbon.

DC Handal Komited Bangunkan Infrastruktur EV Premium

Pengarah DC Handal, Zamri bin Mahmud berkata, kerjasama ini menjadi satu langkah penting dalam membangunkan infrastruktur pengecasan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna EV premium di Malaysia.

Kami mahu memastikan pengecasan bukan sahaja pantas dan boleh diharap, tetapi juga menyatu dengan gaya hidup masyarakat moden. Kerjasama dengan Mercedes-Benz ini memperkukuh misi kami mempercepatkan peralihan kepada pengangkutan elektrik di seluruh negara.”

Menyatu Teknologi, Kemewahan dan Kemudahan

Bagi Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan Mercedes-Benz Malaysia dan SEA II, Edmin Naidoo berkata, strategi pengecasan baharu ini bukan sekadar menambah lokasi, tetapi mencipta pengalaman mewah yang menyeluruh untuk setiap pemilik.

Melalui kerjasama dengan DC Handal dan Hap Seng Star, kami mahu pelanggan merasai integrasi lancar antara kemewahan dan elektrifikasi – sama ada di rumah, di jalan raya atau di destinasi gaya hidup seperti Bamboo Hills.”

Mercedes-Benz Terus Menerajui Mobiliti Elektrik di Malaysia

Menjelang akhir tahun 2025, Mercedes-Benz Malaysia bakal memperluas lagi rangkaian pengecasan di seluruh negara bersama rakan pengedar utamanya. Langkah ini menegaskan komitmen jenama tersebut dalam membina ekosistem mobiliti elektrik yang pintar, lancar dan boleh diharap.

Dengan 11 model elektrik penuh (BEV) sudah dilancarkan di pasaran tempatan – termasuk Mercedes-Benz G 580 dengan teknologi EQ – pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk beralih kepada pemanduan sifar emisi yang seiring dengan gaya hidup premium.

Auto Terkini Bamboo Hills Kenderaan Elektrik (EV) Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.