• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang - Konsep Baharu Bilik Pameran Serba Mewah

Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang - Konsep Baharu Bilik Pameran Serba Mewah

August 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan bilik pameran baharu, Cycle & Carriage Bintang yang serba mewah dan eksklusif di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur sebagai sebahagian komitmen dan dedikasi kepada pelanggan negara ini.

Sebagai peneraju dalam pemilikan automotif mewah, bilik pameran konsep baharu yang pertama di Malaysia dan kedua di Asia Tenggara itu menampilkan empat elemen utama, iaitu:

1. BANTUAN PERSONAL DI RUANG DEPAN


Ruang sambut tetamu berfungsi sebagai pusat pengalaman pertama kepada pelanggan. Proses dan seni bina direka optimum untuk ketenangan fikiran. Pengalaman pembelian jenama mewah ini bermula di ruang jualan dan selepas jualan sebaik saja masuk ke Autohaus.

Pelanggan akan disapa mesra pembantu jualan. Jika ada janji temu, staf perunding yang bertanggungjawab akan dimaklumkan, manakala bagi pelanggan tanpa janji temu yang hanya mahu melihat produk Mercedes-Benz, pembantu Cycle & Carriage Bintang akan mengiringi anda ke ruang menunggu sebelum dilayan.

Di ruang menunggu, pelanggan bebas memilih kerusi fleksibel mengikut pilihan.

BACA >>> Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus Luaskan Rangkaian 3S di Pantai Timur

2. PENGALAMAN PUSAT SERVIS TERBAIK

Elemen ditawarkan kini lebih moden dengan penampilan baharu bermula ruang sambut tetamu, jualan dan servis hingga penghantaran. Bersama sokongan media, pelanggan dihidangkan dengan pengalaman secara visual dan realiti.

Ruang santai dan riadah keluarga, termasuk kafe turut disediakan sepanjang menunggu kereta disenggara. Bilik pameran konsep baharu ini turut menjadikan keseluruhan kawasan premis sebagai ruang layanan pelanggan tanpa menumpukan kepada satu-satu tempat.

3. INTEGRASI DIGITAL MEDIA

Media digital membolehkan pelanggan menikmati pengalaman produk  lebih menyeluruh menerusi suasana pusat jualan yang fleksibel. Pelanggan kini dapat mengakses maklumat produk dengan lebih terperinci, santai dan tenang.

Pengalaman media, berserta penggunaan teknologi bukan sekadar membantu pelanggan mengetahui perincian sesebuah produk dan servis, tetapi pada masa sama dapat terus menerima khidmat bantuan nasihat dan jualan.

BACA >>> Mercedes-Benz Umum Harga Baharu GST 0% - Jimat Hingga RM43k

4. KONSEP SENI BINA BAHARU

CCB MD (13)
CCB MD (2)
CCB MD (8)

Menampilkan konsep seni bina unik dengan menjadikan perak putih sebagai warna siling untuk membangkitkan mood pelanggan. Had ruang dalam ruang pameran diminimumkan bagi mewujudkan suasana luas dan terbuka. Konsep modular ini sesuai dengan rekabentuk seni bina yang berorientasikan pelanggan.

GALERI

Artikel Berkaitan

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bilik pameran, Cycle & Carriage Bintang, Mercedes-benz, Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang, Mercedes-Benz Malaysia, pusat servis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender
    #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender
  • Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross
    Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross
  • GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!
    GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!
  • Ducati Hypermotard 950 RVE (2024) Dapat Liveri Baharu dengan Grafik 'Street Art'
    Ducati Hypermotard 950 RVE (2024) Dapat Liveri Baharu dengan Grafik 'Street Art'

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my