MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan dua model coupé prestasi tinggi terbaharu, Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé dan Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition untuk pasaran Malaysia.
Pada harga RM538,888* dan RM722,888* setiap model, kedua-dua model itu menampilkan rekabentuk ekspresif, kejuruteraan canggih dan ciri eksklusif yang terus mengukuhkan reputasi AMG dalam segmen coupé prestasi. * Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk SST 10 peratus.
1. Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé serba baharu menggabungkan keanggunan 2-pintu dengan kehebatan prestasi AMG menerusi enjin 6-silinder sebaris 3.0L turbo kembar berserta tambahan buster elektrik (electric booster).
Output kuasa 330kW (449hp) dan tork 560Nm, manakala sistem overboost meningkatkan tork kepada 600Nm selama 12 saat untuk pecutan lebih agresif.
Prestasi Utama
Berikut spesifikasi Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé:
- Pecutan 0-100kmj sepantas 4.2 saat
- Kelajuan maksimum 250kmj, boleh dipertingkat kepada 270kmj dengan pakej AMG Driver's Package
- Transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9G dengan pilihan mod pemanduan AMG DYNAMIC SELECT
- Sistem pacuan semua roda (AWD) AMG Performance 4MATIC+
- Suspensi adaptif AMG RIDE CONTROL dengan tiga tahap tetapan
- Stereng gandar belakang untuk kawalan lebih lincah
Rekabentuk Luaran
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé menyerlah dengan bonet panjang berlengkung, gril radiator AMG bentuk-A, lampu DIGITAL LIGHT dengan fungsi projektor dan rim aloi AMG 20 inci.
Ciri tambahan seperti pakej AMG Night Package, dan AMG Carbon-Fibre Package, serta bumbung panoramik, termasuk lampu ambien identiti AMG.
Kabin Dalaman
Ruang kabin dilengkapi kluster instrumen digital 12.3 inci, unit infotainmen 11.9 inci dengan sistem MBUX terkini, lampu ambien 64 warna dan sistem audio premium Burmester® 3D.
Kerusi AMG Performance dengan balutan kulit ARTICO atau mikrofiber MICROCUT, kemasan gentian karbon, dan stereng Nappa AMG dengan butang kawalan AMG melengkapkan gaya sporty mewah.
2. Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition tampil lebih eksklusif dengan rekabentuk edisi khas. Coupé itu dijana enjin 4-silinder 2.0L turbo yang paling berkuasa dalam kelas dengan output kuasa 310kW (421hp) dan tork 500Nm.
Prestasi Utama
Berikut spesifikasi Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition:
- Pecutan 0-100kmj sepantas 4.1 saat
- Kelajuan maksimum 270kmj
- Pacuan semua roda (AWD) AMG 4MATIC+
Ciri Eksklusif Edisi Akhir
- Pakej AMG Night Package II dengan kemasan gril radiator krom hitam
- Warna pilihan eksklusif: MANUFAKTUR Alpine Grey Solid (kelabu) dan Patagonia Red Metallic (merah)
- Penutup tangki bahan api perak krom dengan ukiran AMG
Acara AMG World of Performance
Sempena pelancaran itu, MBM menganjurkan acara AMG World of Performance di 1Utama Shopping Centre, sepanjang 10 hingga 15 September 2025. Pengunjung boleh menyaksikan barisan penuh model AMG seperti A 45 S, CLE 53 baharu dan tawaran pandu uji model terpilih.
Selain itu, lima pelanggan bertuah turut diraikan dengan hadiah tiket penerbangan kelas bisnes Malaysia Airlines (MAS) bernilai hingga RM20,000 setiap seorang sebagai tanda penghargaan kepada komuniti pemilik AMG.
Leave a Reply