• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Warga Emas 70 Tahun Tidak Perlu Kembalikan Lesen

Menteri: Warga Emas 70 Tahun Tidak Perlu Kembalikan Lesen

September 28, 2021 By Azhan O Leave a Comment

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WARGA emas berusia lebih 70 tahun tidak pernah diarahkan mengembalikan lesen memandu, beritahu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Malah Kementerian Pengangkutan tidak pernah berhasrat menetapkan syarat seperti itu.

Menurutnya, kompetensi memandu tidak dibuat berdasarkan faktor umur kerana ada banyak sebab yang menentukan kemalangan jalan raya.

Macam YB Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad), beliau dapat memandu dengan baik. Jauh lebih baik daripada orang lebih muda. Tidak boleh ada diskriminasi," katanya.

BACA >>> 91 Tahun Setia Satu Jenama, Ford Hadiahkan Mustang Mach-E kepada Atuk 101 Tahun
BACA >>> Atuk Pandu Subaru Impreza WRX Laju Sangat, Kena Gantung Lesen, Denda RM5.4k!

Ka Siong berkata, 80 peratus punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan faktor manusia, 13 peratus disebabkan kenderaan dan 7 peratus disebabkan persekitaran manakala pemanduan di bawah pengaruh alkohol berisiko 13 kali lebih tinggi terdedah kepada nahas berbanding memandu dalam keadaan biasa.

Katanya lagi,  tiada pemandu dihadapkan ke mahkamah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang dikenakan denda sahaja, tetapi mereka wajib dipenjara bagi tujuan pencegahan.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan atas isu kes memandu lawan arus disebabkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

 

Berdasarkan data Kementerian Dalam Negeri (KDN), statistik nahas jalan raya melibatkan kesalahan memandu melawan arus tahun ini dari Januari hingga sekarang adalah 807 kes, dan 29 kes menyebabkan maut, 17 (parah), 49 (cedera ringan) dan 712 (rosak).

Ka Siong berkata lagi, faktor manusia adalah penyumbang utama berlaku kemalangan jalan raya, terutama memandu melebihi had laju, memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, pemanduan tidak fokus (seperti menggunakan telefon bimbit) dan aplikasi tunjuk arah dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Faktor manusia pula boleh dikhususkan kepada dua penyebab, iaitu:

  • Kompetensi melibatkan pengetahuan dan kemahiran memandu
  • Sikap yang menjurus kepada perangai dan mentaliti pemandu

BACA >>> Hati-Hati, Sudah 28 Kes Kemalangan Berlaku di Lokasi Ini Sejak 1 Januari 2021!
BACA >>> UK Rancang Lesen Memandu Berperingkat (GDL), Tidak Boleh Pandu Malam

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Kementerian Pengangkutan, lesen memandu, warga emas nyanyuk, Wee Ka Siong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • India Tawar KTM 250 Adventure (2023)  dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
    India Tawar KTM 250 Adventure (2023) dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
  • Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
    Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
  • Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
    Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my