• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula

Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula

March 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bakal melakukan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi yang berkata, PLUS akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk merealisasikan perkara tersebut menjelang September nanti.

BACA >>> Tiada Lagi Monopoli TnG, Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit September Ini

Beliau berkata;

PLUS menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung bayaran tol secara terbuka mengguna kad debit atau kredit di beberapa lebuh raya termasuk Jambatan Pulau Pinang.

"Malah, kami juga sedang giat membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) selain daripada e-wallet Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang.

"Manakala di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang.”

BACA >>> Menteri: Kerajaan Akan Hapuskan Monopoli, Puspakom dan MyEG dalam Perhatian

Zakaria berkata, pelaksaan pembayaran secara terbuka menggunakan kad debit atau kredit itu menawarkan pilihan lebih luas kepada pengguna lebuh raya kelak.

Alexander sebelum ini memaklumkan beberapa lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka menjelang September nanti yang membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit. Lebuh raya itu ialah:

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (DUKE)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang

BACA >>> Monopoli Puspakom Tamat 2024, MOT Bagi Peluang Pihak Lain Sedia Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan
BACA >>> #MansuhkanTouchNGo: PLUS Tamatkan Lorong Tambah Nilai, TnG Pula Kena Kecam!

SUMBER: Plus | Bernama

Related

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Sistem Bayaran Tol Terbuka, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
    #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev