• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Kerajaan Akan Hapuskan Monopoli, Puspakom dan MyEG dalam Perhatian

Menteri: Kerajaan Akan Hapuskan Monopoli, Puspakom dan MyEG dalam Perhatian

April 4, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN bercadang memecahkan sebarang bentuk monopoli atau kartel perniagaan di Malaysia dalam usaha menggalakkan persaingan dan pada masa sama mengurangkan kos sara hidup rakyat. Antara entiti perniagaan yang kini sedang dalam perhatian ialah Puspakom, dan MyEG Services Bhd, Padiberas Nasional Bhd (Bernas), dan Pharmaniaga Bhd.

Puspakom dan MyEG ialah dua syarikat yang ada kaitan khusus dalam bidang automotif. Puspakom ialah satu-satunya syarikat yang menjalankan pemeriksaan kenderaan sama ada persendirian dan komersial, manakala MyEG menawarkan perkhidmatan atas talian untuk pelbagai servis berhubung urusan pengangkutan seperti memperbaharui cukai jalan dan insurans, serta bayaran saman PDRM, DBKL dan JPJ.

BACA >>> PUSPAKOM Sedia Terima Kehadiran Pemeriksaan E-Hailing

KURANG KOS SARA HIDUP

myeg-logo
puspakom-logo

Menteri Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipetik TheStar berkata, usaha ini adalah antara inisiatif Kerajaan untuk meliberalisasikan industri dan menggalakkan persaingan serta inovasi dalam perniagaan dan perkhidmatan.

Saifuddin berkata, Kerajaan percaya antara punca peningkatan kos sara hidup adalah disebabkan penguasaan sekumpulan kecil individu atau konglomerat besar yang mengawal perkhidmatan atau sumber tertentu.

Menurutnya lagi, ada tiga elemen utama akan dianalisis dalam menilai isu monopoli, iaitu kaitan sesuatu polisi  yang menyebabkan monopoli diwujudkan, saiz pelaburan dan impak ke atas ekonomi.

"Kami belum menyerahkan cadangan ini kepada Kabinet berhubung empat syarikat tersebut," katanya.

BACA >>> PUSPAKOM Terima Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Kartel, Monopoli, myeg, MyEG Services Bhd, PUSPAKOM, Saifuddin Nasution Ismail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my