• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Suruhanjaya Penerbangan Kutip RM112j dalam Tempoh Lima Tahun

Menteri: Suruhanjaya Penerbangan Kutip RM112j dalam Tempoh Lima Tahun

April 3, 2023 By Azhan O Leave a Comment

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mencatat kutipan caj perkhidmatan pengawalseliaan (RSC) berjumlah kira-kira RM112 juta dalam tempoh lima tahun sejak 2018.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, RSC sebanyak RM1 dikenakan ke atas setiap penumpang yang berlepas dengan pesawat udara dari mana-mana aerodrom dalam Malaysia seperti diwartakan dalam Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Pengawalseliaan) 2018.

BACA >>> AirAsia Tawar 'Tambang Rahmah' Sempena Aidilfitri, RM199 KL-Sarawak, RM249 KL-Sabah!
BACA >>> Malaysia Bakal Ada Penerbangan Tambang Ultra Murah, Dikenali MYAirline

Beliau berkata;

Jumlah hasil kutipan itu adalah berdasarkan Penyata Kewangan 2018-2021 yang sudah diaudit Jabatan Audit Negara, dan bagi tahun 2022 yang belum diaudit.

“Jumlah kutipan tahunan, pada 2018 sebanyak RM24.7 juta; 2019 (RM46.7 juta); 2020 (RM11.4 juta), 2021 (RM5.11 juta) dan sebanyak RM24.2 juta tahun lalu. Kutipan rendah 2020 dan 2021 adalah impak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19."

Loke berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang meminta Kementerian menyatakan jumlah hasil kutipan MAVCOM bermula 2018 dan bagaimanakah hasil digunakan, dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Menurutnya, pengecualian kutipan RSC diberikan kepada penumpang dalam transit terus, kru pesawat, bayi bawah umur dua tahun, penumpang perkhidmatan udara luar bandar serta ketua negara, menteri dan orang kenamaan yang melawat Malaysia dalam tugas rasmi mereka sebagai tetamu Kerajaan.

Kutipan RSC membolehkan MAVCOM menjana pendapatan sendiri untuk menampung perbelanjaan tahunan tanpa membebankan kewangan Kerajaan.

Ini kerana suruhanjaya itu tidak menerima dana, geran perbelanjaan atau peruntukan tahunan daripada Kerajaan untuk membiayai kos operasi.

Kutipan RSC digunakan antaranya untuk kempen kesedaran pengguna mengenai hak-hak perjalanan udara, pelaksanaan Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan di lapangan terbang serta pembangunan rangka kerja jangka panjang bagi pengawalseliaan semua caj perkhidmatan penerbangan yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Penerbangan) 2016 MAVCOM.

“Juga digunakan untuk pembangunan sistem AeroFile, sebuah sistem pemfailan automatik bagi semua permohonan permit pendaratan untuk penerbangan komersial yang beroperasi ke atau dari Malaysia untuk memudah cara proses permohonan bagi syarikat penerbangan asing dan tempatan,” kata Loke.

Dana kutipan RSC turut digunakan bagi pelancaran sistem AeroLicence, platform e-pelesenan bagi mentransformasi dan mempercepat semua proses pelesenan secara berperingkat demi manfaat pemain industri.

BACA >>> Batik Air Tambah Penerbangan ke Jepun, Perkenal Dua Laluan Baharu Januari Ini
BACA >>> #BikinAuto: Lelaki Bikin Helikopter, Pesawat Udara Macam Bentley Sendiri!

SUMBER: Bernama

Related

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Jabatan Audit Negara, Menteri Pengangkutan, Senator Rita Sarimah Patrick Insol, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev