Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Lesen Vokasional Khas untuk P-Hailing Bukan Macam GDL, Tak Perlu Puspakom
Auto Terkini

Menteri: Lesen Vokasional Khas untuk P-Hailing Bukan Macam GDL, Tak Perlu Puspakom

Han OthmanBy Han Othman11/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LESEN vokasional khas yang perlu diambil penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen memandu vokasional (GDL), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau turut memberikan jaminan lesen itu adalah tidak sama dengan GDL seperti diambil pemandu kenderaan empat roda atau kenderaan komersial.

BACA >>> Johor Bakal Bina Ruang Rehat untuk Pekerja E-Hailing, P-Hailing
BACA >>> Kesalahan Langgar Lampu Merah Paling Banyak Dilakukan Penunggang P-Hailing

Ka Siong berkata demikian bagi menjawab kekeliruan mengenai syarat pemilikan lesen vokasional khas untuk penunggang p-hailing berhubung akta baharu yang bakal digubal.

Dalam sidang media di Putrajaya, beliau berkata, proses mendapatkan lesen GDL bagi pemandu kenderaan empat roda atau mereka yang membawa barangan adalah ketat dan perlu menghadiri kursus khas di institut memandu.

Sebaliknya, lesen vokasional khas untuk penunggang p-hailing akan ditentukan kemudian, dan tidak perlu ke institut memandu. Cuma mereka perlu menduduki kursus induksi tiga jam yang akan dilaksanakan secara atas talian.

Ka Siong berkata;

Mereka juga tidak perlu hadir ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seperti disyaratkan bagi kereta kerana penghantaran barangan melalui motosikal adalah secara kecil-kecilan dan mereka juga akan dikenakan caj minimum, iaitu tidak lebih RM10 bagi tujuan pendaftaran lesen.

“Masa nak serap mereka masuk (daftar), (kita akan) bagi moratorium dan tidak perlu bayar setahun. Dengan cara ini, kita akan dapat semua data mengenai penunggang p-hailing.”

Menurutnya, lesen vokasional khas itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada status penunggang p-hailing selain membolehkan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengetahui bilangan penunggang dalam negara dan memudahkan penyaluran bantuan kepada komuniti berkenaan.

Pada Isnin lalu dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Ka Siong bersetuju Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dipinda bagi tujuan pengawalseliaan dan penetapan peraturan.

Ini susulan  kebimbangan mengenai laporan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengenai pendedahan tingkah laku 16,308 penunggang p-hailing, yang mana 62 peratus daripadanya berhenti di petak kuning atau di lintasan pejalan kaki.

Kajian dibuat menerusi kamera litar tertutup di 11 jalan raya di Kuala Lumpur pula mendapati 14 peratus penunggang p-hailing memegang telefon dan melanggar lampu isyarat, 7 peratus membuat pusingan-U di tempat tidak dibenarkan, dan tiga peratus bertindak melawan arus.

BACA >>> Polis Nafi, Tidak Benar Dua Pertiga Kes Maut Motosikal Libatkan P-Hailing
BACA >>> Penunggang GrabFood, Isteri Maut Rempuh Lori Berhenti Tepi Jalan

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Daruk Seri Wee Ka Siong Foodpanda GrabFood Lesen GDL Lesen Vokasional Khas Menteri Pengangkutan Penunggang P-Hailing Rider Foodpanda Rider GrabFood
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.