• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Kerajaan Tidak Akan Buat Dasar Jangka Hayat Kenderaan (ELV) Sekarang!

Menteri: Kerajaan Tidak Akan Buat Dasar Jangka Hayat Kenderaan (ELV) Sekarang!

April 16, 2019 By AO Leave a Comment

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menafikan dakwaan Kerajaan bakal melaksanankan dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) yang mewajibkan kenderaan lama lulus pemeriksaan sebagai syarat memperbaharui insurans dan cukai jalan.

Anthony Loke berkata, walaupun ada kajian dibuat berhubung pelaksanaan dasar tersebut, tetapi Kerajaan belum lagi mempertimbangkan untuk menguatkuasakannya.

BACA >>> #SembangDeras: Inilah 5 Sebab Kenapa Dasar Lupus Kereta Sekadar Sembang!

dasar-lupus-kereta-1
dasar-lupus-kereta-3
dasar-lupus-kereta-2

Bercakap pada sidang media perasmian sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-73 di Putrajaya, Anthony Loke berkata, dasar semasa ialah mewajibkan semua jenis kenderaan tanpa mengira usia, menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer sekiranya gagal memperbaharui cukai jalan melebihi tempoh setahun.

“Itu berita palsu sebab kita tiada dasar ELV sekarang dan saya sudah banyak kali beritahu ia tidak dipertimbangkan. Saya terkejut ada laporan seperti itu.

“Kuasa mengenai dasar ELV ialah bawah Kementerian Pengangkutan kerana pelaksanaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan melalui agensi lain,” katanya di petik Utusan Online.

Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari berkata, Kerajaan dijangka mengumumkan semakan semula dasar kereta nasional pada suku kedua tahun ini.

BACA >>> #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Kita Tidak Perlu Lagi Kereta Nasional Baharu!

Menurut Madani, Kerajaan akan mempromosikan semula ELV yang mewajibkan kenderaan lama lulus pemeriksaan bagi memperbaharui insurans dan cukai jalan. Bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan Anthony Loke dan menasihatkan orang ramai supaya tidak khuatir mengenai isu berkenaan.

KREDIT FOTO: UtusanOnline

 

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Dasar Lupus Kenderaan, Datuk Madani Sahari, Kementerian Pengangkutan, Menteri Pengangkutan, Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my