Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mengamuk Tidak Dapat Duduk Sebelah Makwe, Pesawat Jepun Kena Patah Balik
Auto Terkini

Mengamuk Tidak Dapat Duduk Sebelah Makwe, Pesawat Jepun Kena Patah Balik

SyafieBy Syafie04/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pesawat Spring Airlines dari Tokyo ke Shanghai, terpaksa patah balik sebab lelaki mengamuk

PESAWAT Spring Airlines dari Jepun terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, disebabkan pertengkaran membabitkan seorang penumpang lelaki dengan kru kabin gara-gara isu tempat duduk.

Insiden berlaku dalam penerbangan IJ005 yang berlepas dari Narita menuju Shanghai, China pada Isnin lalu selepas suspek penumpang mengamuk kerana tidak dibenarkan duduk bersebelahan kekasihnya.

Guang Min Daily melaporkan, permintaan suspek penumpang untuk menukar tempat duduk ditolak kru kabin selepas dia enggan membayar bayaran pertukaran tempat duduk yang ditetapkan syarikat penerbangan itu.

Pertengkaran mulut antara penumpang tersebut dan kru kabin dilaporkan berlarutan hampir dua jam sebaik saja pesawat berlepas hingga suasana dalam kabin menjadi tegang.

Seorang pembantu penerbangan yang sudah hilang sabar bertindak membuat laporan kepada pihak berkuasa, menyebabkan juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Narita,” menurut laporan.

Sejurus pesawat mendarat, penumpang lelaki itu terus diiringi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Penumpang Lain Terkandas

Pesawat Spring Airlines dari Tokyo ke Shanghai, terpaksa patah balik sebab lelaki mengamuk

Insiden berkenaan menyebabkan puluhan penumpang lain terpaksa bermalam di lapangan terbang, sekali gus mengganggu perjalanan ke Shanghai.

Sebagai pampasan, Spring Airlines dilaporkan memberikan ganti rugi 10,000 yuan (RM5,840) seorang kepada penumpang terjejas.

Ops Patah Balik Bukan Isu Ringan

Dalam dunia penerbangan, keputusan untuk berpatah balik bukan langkah biasa dan lazimnya hanya dibuat atas faktor keselamatan penerbangan, termasuk gangguan penumpang yang boleh membahayakan kru dan penumpang lain.

Kes tersebut menjadi peringatan mengenai kelakuan tidak terkawal di dalam pesawat juga boleh mendatangkan kesan besar yang bukan saja kepada pelaku, tetapi semua penumpang yang terlibat.

SUMBER: GuangMingDaily

Auto Terkini Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Shanghai Spring Airlines Tokyo
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.