• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menang Nürburgring, Volvo Kini Atasi Honda dalam Perlumbaan WTCC

Menang Nürburgring, Volvo Kini Atasi Honda dalam Perlumbaan WTCC

June 3, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


PUSINGAN paling mencabar Kejohanan World Touring Car (WTCC) 2017 sudah selesai berlangsung di litar Nürburgring Nordschleife pada 25 hingga 27 Mei lalu dan menjadi siri perlumbaan bersejarah bagi pasukan Polestar Cyan Racing (PCR). Ini kerana pasukan yang menggunakan jentera Volvo S60 itu menjadi juara dalam dua pusingan perlumbaan, sekali gus memperoleh mata tertinggi selain mencatatkan rekod pusingan baharu.

Pemandu PCR,  Thed Björk memenangi perlumbaan pertama, manakala rakan sepasukan, Nicky Catsburg  menjuarai perlumbaan kedua. Björk bukan calang-calang pelumba kerana dia memegang reputasi sebagai juara empat kali Kejohanan Scandinavian Touring Car (STCC). Björk bermula di grid ke-6 sebelum memintas pelumba lain ke posisi pertama dengan mata terkumpul yang melonjakkan dia ke ranking ketiga kejohanan dengan hanya lapan mata di belakang pendahulu.

KEROSAKAN MEKANIKAL

Thed Bjork
Nicky Catsburg
Nestor Girolami

Sementara itu, seorang lagi pelumba PCR, Néstor Girolami hampir menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua sebelum tayar Volvo S60 dipandunya pancit pada kelajuan lebih 200kmj. Kerosakan tersebut menyebabkan dia gagal meneruskan dua siri perlumbaan itu akibat kesuntukan masa membaik pulih jenteranya.

Rakan sepasukan lain, Catsburg turut mencatatkan masa terpantas bagi kereta WTCC dalam litar berjarak 25km. Menariknya, rekod itu dicapai semasa latihan rasmi dengan catatan masa 8:34.813. Setakat ini, PCR sedang mendahului kejohanan di hadapan Honda dengan total 40 mata berikutan kemenangan tersebut.

Polestar adalah badan penala kenderaan Volvo sebelum dibeli pengeluar Sweden itu pada 2015 sebagai subsidiari baharu. Polestar buat masa ini mempunyai dua model yang dijual kepada umum, S60 Polestar dan V60 Polestar.

WTCC Jerman 2017

Litar Nürburgring Nordschleife + Litar GP
Jarak 25,378m

Keputusan Pusingan 1 (R1)
  1. Thed Björk | Volvo S60
  2. Mehdi Bennani | Citroën C-Elysée
  3. Rob Huff | Citroën C-Elysée
Keputusan Pusingan 2 (R2)
  1. Nicky Catsburg | Volvo S60
  2. Norbert Michelisz | Honda Civic
  3. Rob Huff | Citroën C-Elysée | +3.401

Ranking Kejuaraan

Pemandu
  1. Nicky Catsburg | Volvo S60 | 127 mata
  2. Tiago Monteiro | Honda Civic | 125 mata
  3. Thed Björk | Volvo S60 | 119 mata
Pengeluar
  1. Volvo | 404 mata
  2. Honda | 364 mata

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Cyan Racing, Kejohanan World Touring Car (WTCC), lumba kereta, Polestar, Roda4, Scandinavian Touring Car Championship, sukan permotoran, Thed Björk, Volvo, World Touring Car Championship, WTCC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my