Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»McLaren ‘Lembut Hati’, Akan Hasilkan SUV Prestasi Tinggi Pertama
Auto Terkini

McLaren ‘Lembut Hati’, Akan Hasilkan SUV Prestasi Tinggi Pertama

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUV pertama McLaren

SELEPAS bertahun-tahun menegaskan tidak akan sesekali menghasilkan kenderaan utiliti sukan (SUV), akhirnya McLaren berubah arah. Dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu yang lebih progresif, jenama supercar daripada Woking, Britain itu kini membuka pintu kepada segmen paling lumayan dalam industri automotif.

Lebih menarik, laporan terkini mendakwa McLaren sudah pun menunjukkan model awal SUV kepada rangkaian pengedar global jenama itu.

SUV Pertama McLaren Dijangka Lancar 2028

Walaupun tiada pengesahan rasmi, tanda-tanda semakin jelas SUV McLaren sedang bergerak ke fasa pembangunan serius.

Model ditunjukkan kepada pengedar baru-baru ini dikatakan sebuah SUV 5-kerusi, bersaiz lebih besar daripada Porsche Cayenne Turbo GT, dan menggunakan rekabentuk ‘sculpted and muscular’.

Pilihan Nama Masih Misteri

Dalam dokumen dalaman, projek itu membawa kod nama P47. Namun, McLaren sebelum ini pernah memfailkan beberapa nama baharu seperti Aeron dan Aonic, yang berpotensi digunakan untuk SUV tersebut.

Trenkuasa: Hybrid V8 Kuasa Tinggi

Laporan awal menyatakan McLaren akan menggunakan sistem hibrid V8, berkemungkinan besar evolusi daripada trenkuasa model kereta hiper W1. Enjin 4.0L MHP-8 twin-turbo dalam W1 menghasilkan output kuasa hingga 1,258hp dengan bantuan motor elektrik.

Bagi SUV, angka itu hampir pasti diturunkan sedikit bagi memberi lebih jarak elektrik dan keselesaan, tetapi tiada halangan untuk McLaren mengubah SUV tersebut menjadi antara model paling berkuasa dalam kelas. Sebagai perbandingan:

  • Lamborghini Urus SE: 789hp
  • Porsche Cayenne Turbo E-Hybrid: 7++hp

Ini bermakna tiada masalah untuk McLaren mencatat kuasa sekitar 900–1,000hp jika mahu.

Rekabentuk: Lebih Rendah, Lebih Sporty daripada SUV Biasa

SUV pertama McLaren
SUV pertama McLaren

Berdasarkan maklumat sesi tayangan dalaman, SUV McLaren menampilkan:

  • Rekabentuk rendah dan bertenaga mirip GT
  • Lampu depan dengan identiti McLaren
  • Bahagian sisi dengan senibina aerodinamik jelas
  • Rim gergasi 24 inci
  • Bahagian belakang lebih tradisional dengan pintu but, lampu nipis dan dwi-ekzos besar

Walaupun belum ada foto intip, gambaran awal menunjukkan McLaren tidak berniat menghasilkan SUV ‘separuh masak’, sebaliknya mahu sesuatu yang benar-benar eksotik.

Harga: Dijangka Bermula Sekitar RM1.4 juta

Harga bergantung kepada spesifikasi akhir, tetapi berdasarkan model lain pasaran semasa (harga sebelum duti import dan cukai):

  • Bentley Bentayga: <AS$250,000 (~RM1.175 juta)
  • Lamborghini Urus SE: ±AS$270,000 (~RM1.27 juta)
  • Ferrari Purosangue: >$AS400,000 (~RM1.88 juta)

SUV McLaren berkemungkinan berada antara Urus SE dan Purosangue, sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

Bilakah Akan Muncul?

Tiada tarikh rasmi, tetapi beberapa sumber rapat industri menjangka debut sekitar 2028. CEO McLaren, Nick Collins baru-baru ini berkata, jenama itu akan memperkenalkan produk yang memiliki lebih daripada 2-kerusi “tidak lama lagi”.

Jika benar, McLaren bakal memasuki segmen paling menguntungkan dalam industri. Dengan DNA prestasi dimiliki, SUV itu berpotensi menjadi antara paling ekstrem di pasaran.

SUMBER: Motor1.com

SUV pertama McLaren
SUV pertama McLaren
SUV pertama McLaren
SUV pertama McLaren
SUV pertama McLaren
Enjin McLaren W1
Auto Terkini High performance SUV Hyper SUV McLaren P47 McLaren SUV
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.