KHAS buat anda yang mahukan kereta lebih sporty dan mantap, Bermaz Motor memperkenalkan Mazda3 Mazdasports edisi khas dengan penampilan menarik.
Bagi anda yang mahu melihat Mazda3 Mazdasports edisi khas dengan lebih dekat, boleh ke pusat beli-belah 1 Utama sekarang hingga 2 Oktober 2016.
Selain mempamerkan Mazda3 Mazdasports edisi khas, Jelajah Jualan Mega sedang berlangsung dan pelbagi aktiviti dan hadiah menarik menanti pengunjung bertuah.
LUARAN BERGAYA
Dari segi penampilan, Mazda3 Mazdasports edisi khas dipadankan dengan bodykit lebih sporty. Ia meliputi bampar hadapan, skrit sisi, bampar belakang, cermin sisi berwarna merah dan ekzos dengan sentuhan MazdaSports.
Lebih tampak garang, ia juga dipadankan dengan spoiler berwarna hitam bersama rim aloi metalik gelap bersaiz 18-inci.
DALAMAN MENARIK
Memasuki ruang kabin, ia hanya menerima sedikit penambahbaikan seperti kerusi separa kulit dengan tanda nama 'MS' yang membawa maksud MazdaSport. Selain itu, stereng juga tampak menarik dimana ia saluti dengan separa kulit dan fabrik bersama jahitan benang merah. Begitu juga pada trim pintu.
Bagaimanapun, nadi yang terbenam di sebalik perut Mazda3 MazdaSport edisi khas masih kekal sama. Ia dipadankan dengan enjin SKYACTIV-G bersesaran 2.0L.
Hasil padanan kotak gear automatik SKYACTIV-DRIVE 6-kelajuan menghasilkan kuasa 162hp pada 6,000rpm dan tork 210Nm (4,000rpm).
HARGA
Buat masa ini, kami difahamkan pakej MazdaSport ini hanya ditawarkan pada model Mazda3 hatchback.
Untuk dapatkan pakej ini, anda hanya perlu tambah RM9,880. Ini bermakna Mazda3 MazdaSport edisi khas boleh didapati pada harga RM124,754.39 (atas jalan termasuk insurans).
Bagi anda yang berminat, pastikan buat tempahan awal kerana kami difahamkan ia hanya dijual pada unit terhad.
Leave a Reply