Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda Umum Reformasi Struktur Perniagaan Domestik Jepun, Sasar 200k Unit Jualan!
Auto Terkini

Mazda Umum Reformasi Struktur Perniagaan Domestik Jepun, Sasar 200k Unit Jualan!

Abang HirataBy Abang Hirata25/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda reformasi struktur perniagaan domestik
MAZDA Motor Corporation mengumumkan pelaksanaan pelan besar, dipanggil Dasar Reformasi Struktur Perniagaan Domestik, dengan matlamat memperkukuh asas perniagaan dan menyemarak semula jualan di pasaran Jepun.

Langkah itu dibuat susulan perubahan pesat dalam industri automotif global dan keperluan menyesuaikan diri secara pantas dengan kepelbagaian kehendak pelanggan.

Selepas kejayaan di pasaran Amerika Syarikat (AS), Mazda kini mahu memacu pembaharuan di Jepun berteraskan falsafah pengurusan Pengurusan Nilai Jenama (Brand Value Management).

Tiga Teras Utama Reformasi

Tiga teras reformasi Mazda

  • Pelaburan untuk pertumbuhan dan pengukuhan jenama
  • Strategi keutamaan kawasan metropolitan
  • Sokongan penuh di barisan depan untuk pengalaman pelanggan terbaik

Sasaran utama adalah mencapai jualan domestik 200,000 unit secepat mungkin, berbanding 152,000 unit yang dicapai bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2025.

Empat Langkah Strategik Mazda di Jepun

 

1. Reformasi Rangkaian Jualan

Mazda memilih 10 bandar utama, termasuk Tokyo dan Osaka sebagai kawasan sasaran. Mazda akan menumpukan pelaburan untuk membangunkan Gedung Generasi Baharu (New Generation Store), iaitu bilik pameran baharu yang menawarkan pengalaman jenama eksklusif.

Sebanyak 300 bilik pameran turut ditetapkan sebagai kedai keutamaan, dengan sasaran jualan tahunan 400 unit setiap cawangan, hasil peningkatan kualiti pengalaman pelanggan.

2. Pelaburan Pemasaran Fokus kepada Jenama Mazda

Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama

Komunikasi konsisten mengenai identiti dan matlamat jenama Mazda, iaitu enriching life-in-motion, akan diperluas bagi menarik minat pengguna baharu.

Salah satu inisiatif utama ialah Mazda Trans Aoyama, iaitu fasiliti khas yang dibuka Februari 2025 untuk memperkenalkan pengalaman jenama kepada orang ramai.

3. Perkukuh Nilai Jenama di Cawangan

Mazda memperkenal Brand Standards, iaitu garis panduan untuk memastikan semua cawangan memberi pengalaman konsisten yang selaras identiti jenama.

Selain itu, sistem latihan dan sokongan akan disediakan kepada pengedar bagi memastikan pelaksanaan piawaian ini secara menyeluruh.

4. Penubuhan Syarikat Baharu: Mazda Business Partner Co Ltd.

Bagi meningkatkan kecekapan operasi, Mazda menubuhkan Mazda Business Partner Co Ltd, yang berpusat di Itabashi-ku, Tokyo.

Syarikat itu akan mengambil alih urusan pentadbiran belakang tabir daripada pengedar yang membolehkan mereka menumpukan kepada perkhidmatan pelanggan dan pengalaman jenama.

Maklumat Syarikat Baharu

  • Nama: Mazda Business Partner Co Ltd
  • Lokasi: Itabashi-ku, Tokyo
  • Presiden: Kazuyoshi Todou, juga Pegawai Eksekutif Mazda
  • Modal: 10 juta yen (RM291,990)
  • Pemilik: 100 peratus Mazda Motor Corporation
  • Tarikh Ditubuhkan: 30 Januari 2025
  • Fungsi: Menyatukan operasi tidak langsung syarikat jualan domestik dalam kumpulan Mazda sebagai syarikat perkhidmatan bersama dengan objektif meningkatkan kecekapan, kualiti, dan tadbir urus
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Mazda Trans Aoyama
Auto Terkini mazda Mazda Motor Corporation
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 โ€“ Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.