Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mat Motor Dijel 6 Bulan Kerana Pukul Warga Emas, Menunggang Gopoh
Auto Terkini

Mat Motor Dijel 6 Bulan Kerana Pukul Warga Emas, Menunggang Gopoh

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize07/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG penganggur dihukum penjara enam bulan, menurut Mahkamah Majistret di Kajang hari ini kerana menunggang motosikal dengan gopoh dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang warga emas, minggu lalu.

Bagi kesalahan menunggang motosikal dengan gopoh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan, manakala bagi kesalahan mencederakan mangsa warga emas terbabit, pesalah dihukum penjara empat bulan.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman terhadap Irwan Syah Rizal, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan hukuman bagi dua kesalahan itu berjalan berasingan bermula tarikh ditangkap pada 3 September lalu.

Pesalah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Low Khoon Hwa, 71, di Jalan Cheras Perdana, Hulu Langat, dekat Kajang pada 11.25 pagi, 1 September lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh turut didakwa menunggang motosikal gopoh hingga membahayakan nyawa mangsa pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurshuhada Imraanuar yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dijatuhkan hukuman penjara secara serentak bagi kedua-dua kesalahan.

Terdahulu, warga emas yang menaiki motosikal dirakam keluar simpang tiba-tiba hingga menyebabkan berlaku pelanggaran antara mangsa dan suspek.

Suspek yang menunggang motosikal tanpa berbaju terus bertindak membelasah mangsa menggunakan tangan dan kaki. Bagaimanapun, insiden tersebut dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta yang dimuat naik dan tular di Telegram.

BACA >>> Video Mat Motor Tak Pakai Baju Belasah Penunggang Keluar Simpang Tiba-Tiba
BACA >>> Video Mat Motor Tak Pakai Helmet Pasrah Serah Diri dengan Tenang

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Gaduh kemalangan PDRM penganggur Warga Emas
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.